9 Tempat Untuk 'Dessert Waffles' & 'Savoury Waffles' Yang Menarik Di KL & PJ
Cheat day korang bolehlah try hidangan-hidangan menarik waffles ni! :D
1. Beauty & The Beast @ Fluffed Cafe & Dessert Bar
Kepada peminat tegar buah mangga, anda boleh nikmati dessert yang istimewa di kafe ini. Waffle yang berperisa coklat yang dihidangkan dengan kiub mangga segar, mango pana cotta, handcrafted ais krim mangga, mango compote dan crunchy cookie crumble. Memang lazat!
Alamat: Fluffed Cafe & Dessert Bar, No. 58A, Jalan 20/7, Taman Paramount, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
12 tengah hari - 10 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin.
No. Telefon: +603 7865 1833
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
2. Melting Moments @ Chequers
Chequers terkenal dengan menu waffles mereka yang menarik. Jika di sini, antara hidangan waffle boleh anda cuba ialah Melting Moments. Waffles chocolate chip ini dihidangkan dengan pisang goreng yang rangup, ais krim vanila dan sos coklat dan caramel. Sedapnya!
Hidangan Double Deck Croque Monsiuer ini memang enak dan sesuai kalau anda mengidam makanan savoury. Waffles ini dihidangkan sebagai sandwic yang diisi dengan chicken slices, keju mozarella, dan juga telur goreng. Nikmati waffles ini dengan sos yang berkrim dan lazat. Cheat day habis ni!
Alamat: Chequers, No. 153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
8 pagi - 11 malam (Isnin - Ahad)
Tutup setiap Rabu.
No. Telefon: +603 7733 3068
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
3. Waffles & Ice Cream @ Whimsical Artisanal Gelato
Popular dengan ais krim perisa unik mereka seperti taufu-fah, durian, coconut gula Melaka dan lain-lain, coconut gula Melaka dan lain-lain. Whimsical Artisanal Gelato juga menyajikan waffles crispy yang boleh anda nikmati bersama ais krim yang berperisa menarik.
Alamat: Whimsical Artisanal Gelato, D2-G3-05, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
No. Telefon: +603 6419 0966
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
4. Salted Egg Waffle @ Inside Scoop
Sukakan salted egg yolk? Pastikan anda cuba Salted Egg Yolk Waffle yang cukup popular di Inside Scoop. Menggunakan charcoal waffle, anda boleh menikmatinya dengan pilihan ais krim mengikut selera anda seperti, cendol, milo, vanila, teh tarik dan pelbagai lagi perisa lain. Bukan tu saja, waffle ini dihidangkan dengan sos salted egg yolk yang manis dan sedikit masin. Memang the bomb!
Cawangan: One Utama | Bangsar | B.I.G IPC Shopping Mall | Damansara Jaya | Sunway Pyramid | Old Klang Road | KLCC | Publika | USJ | The Gardens Mall | Taman Segar, Cheras | Kota Kemuning | Sri Petaling | Setia Alam | IOI City Mall | Melaka | Ipoh | Johor Bahru
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
5. Daniels Waffle @ Shugatori
Untuk anda yang gemar makan waffles dengan berries, hidangan Daniels Waffle ini khas untuk anda. Ia merupakan kombinasi red velvet waffle dan charcoal waffle yang dihidangkan dengan buah strawberi, buah blueberries, biskut meringue, whipped cream, ais krim vanila dan sos strawberi. Anda pasti akan memuaskan sweet-tooth cravings anda!
Alamat: Shugatori, No. 95, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, Petaling Jaya
Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +603 6419 0966
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
6. Philly Cheesesteak Waffle @ Two Sons Bistro
Mengidam sesuatu yang cheesy? Hidangan Philly Cheesesteak Waffle ini boleh anda nikmati. Kombinasi keju mozarella, beef steak, salad dan dihidangkan dengan french fries ini amat hidangan yang menyelerakan. Jangan lupa untuk cuba!
Cawangan: Starling Mall | Publika
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
7. Sally Salmon @ The Owls Cafe
Hidangan breakfast-style waffle ini boleh anda cuba jika anda sukakan smoked salmon. Waffle yang jenis savoury ini dihidangi dengan scrambled eggs, smoked salmon dan tomato cheri. Yang ingin hidangan waffle sebagai manisan pun ada di sini. Jangan lupa untuk cuba!
Alamat: The Owls Cafe, Jalan USJ 25/1C, One City, Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi - 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +603 5022 3099
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
8. Frisson's Wessy Burger @ Frisson
Yang ini khas untuk foodie yang suka explore makanan yang unik, restoran ini menyediakan waffle yang kreatif dan lain daripada lain iaitu Frisson's Wessy Burger. Dengan menggunakan waffle sebagai burger bun, dimakan dengan patty daging yang juicy dan sos peanut butter & jelly, hidangan ini memang best!
Alamat: Frisson, No. 71-G, Jalan SS 21/1A, Petaling Jaya
Waktu Operasi:
11 pagi - 11.30 malam (Isnin - Jumaat)
9 pagi - 11.30 malam (Sabtu & Ahad)
Tutup setiap Selasa.
No. Telefon: +603 7732 9969
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
9. Chicken & Waffles @ Frisky Goat
Salah satu tempat yang menghidangkan Chicken & Waffles yang sedap ialah Frisky Goat yang terletak di TTDI. Menu waffles di sini dimasak dengan keju cheddar dan dihidangkan dengan ayam goreng crispy dan homemade sun-dried tomato aioli maple syrup sebagai sos.
Alamat: Frisky Goat, No. 72, Jalan Burhanudin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8 pagi - 10.30 malam (setiap hari)
No. Telefon: +03 7731 2965
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!