Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Ini Resepi Kuih Bom Air Fryer Yang Simple & Sedap. Enjoy Kuih Tanpa Minyak Berlebihan!

Rangup dan kenyal, memang padu.

Cover image via Salmy Saznira (Facebook)

Biasa buat kuih makan masa yang lama kan? Dah buat, tak sedap pula tu, berminyak sangat kuihnya...

Image via GIPHY

Jangan risau lagi, sebab sekarang dah ada air fryer yang sangat senangkan hidup. Anda hanya perlu prepkan sahaja kuih, lepas tu masukkan dalam air fryer. Tak perlu goreng pun... 

Selalu kan makan kuih bom suapan pertama tu mesti rasa berminyak? Yang paling penting, resepi ini lebih sihat. Dengan menggunakan air fryer, no more excess oil! 

Bahan-bahan:

Bahan untuk inti:

  • 1 cawan kelapa parut
  • 1/2 ketul gula melaka (dihiris)
  • Beberapa helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Air secukup rasa

Bahan untuk adunan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Bijan

Cara penyediaan:

1. Untuk inti, panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
2. Masak inti kelapa sehingga kering dan gula melaka hancur. Sejukkan pada suhu bilik.

Image via Salmy Saznira (Facebook)

3. Kemudian untuk adunan luar, campurkan semua tepung dan uli dengan air secukupnya. 

Image via Salmy Saznira (Facebook)

4. Ambil sedikit adunan dan leperkan. Kemudian, masukkan inti dan bulatkan. 

Image via Salmy Saznira (Facebook)

5. Salutkan dengan bijan. Kemudian, bekukan dalam 1/2 - 1 jam. 

Image via Salmy Saznira (Facebook)

6. Keluarkan dan salutkan dengan minyak. 

Image via Salmy Saznira (Facebook)

7. Panaskan air fryer selama 2 minit.
8. Kemudian, masukkan kuih bom ke dalam air fryer pada suhu 165°C. Masak selama 7 minit.
9. Buka bakul air fryer, pusingkan kuih bom supaya semua bahagian garing.

Image via Salmy Saznira (Facebook)

10. Kemudian, bakar lagi pada suhu 170°C selama 7 minit. 

Image via Salmy Saznira (Facebook)

Kredit resepi: Salmy Saznira

Yayy, siap dah kuih bom yang rangup. Takda minyak berlebihan, barulah sedap!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Betul ke dah expert semua kuih di Malaysia. Cabar diri anda jom!

Penggemar kacang merah? Boleh cuba resepi ini untuk inti kuih bom...

Belum ada air fryer di rumah? Jom check out sini:

Inginkan resepi air fryer?

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment