Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Resepi Sayur Campur Udang, Brokoli & Jagung Sedap Tanpa Penggunaan MSG. Healthy Betul!

Resepi Sayur Campur Brokoli & Udang untuk menyempurnakan lagi meja makan anda.

Cover image via Seismik Makan

Memang tak sah kalau makan nasi campur tanpa hidangan sampingan sayur goreng.

Frustrated betul bila dah beratur panjang-panjang di gerai hanya untuk mendapati sayur goreng kegemaran korang sudahpun habis.

Image via Seismik Makan

Takpa, kali ni kami ajar korang macam mana nak hasilkan sayur goreng yang sangat simple di rumah dengan hanya menggunakan bahan-bahan basic dan sos tiram sebagai perasa. Sempoi sangat! 

Resepi ini sesuai bila anda rasa malas untuk masak makan malam. Hidangan ini boleh disiapkan kurang daripada 15 minit dengan hanya menggunakan satu kuali sahaja. Nak kemas pun senang. 

Memang puas jika dimakan bersama sepinggan nasi putih panas dan kicap manis! 

Tonton video di bawah untuk pelajari cara membuat Sayur Campur Udang dengan ringkas sekali:

RESEPI PENUH

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan

Image via Seismik Makan

  • 1 mangkuk udang
  • 1 cawan brokoli
  • 1 batang lobak merah
  • ½ cawan jagung muda
  • 1 cili merah
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos tiram
  • Lada hitam secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Image via Seismik Makan

Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan udang dan goreng sehingga udang bertukar kepada warna kemerahan terang. Keluarkan udang dan ketepikan. 

Image via Seismik Makan

2. Dalam kuali sama, masukkan bawang, lobak merah, bawang putih dan cili merah. Gorengkan seketika. 
3. Masukkan jagung muda dan brokoli. Gorengkan seketika. 

Image via Seismik Makan

4. Masukkan balik udang goreng, sos tiram, lada hitam dan garam. Gorengkan seketika. 
5. Sayur Campur Udang sudahpun siap untuk dihidang! 

Image via Seismik Makan

SELAMAT MENCUBA!

Image via Seismik Makan

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan resepi Sotong Masak Kicap Selasa lepas kami di bawah:

Sempurnakan lagi meja makan anda dengan lauk-pauk menarik dan lazat di bawah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment