Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Gunakan 5 Tips Mudah & Penting Ini Ketika Anda Membeli Buah-buahan Agar Tidak Membazir!

Senang je nak pilih buah tembikai, mangga, betik, nanas dan banyak lagi dengan tips-tips ini!

Cover image via okezone

Malaysia memang kaya dengan buah-buahan tempatan yang sedap-sedap belaka.

Tetapi pernahkah anda membeli buah dan apabila dibuka di rumah, buah tidak semanis seperti yang disangkakan?

Mulai hari ini, anda tidak perlu lagi runsing apabila membeli buah-buahan lagi! 

Image via giphy.com

Lihat di bawah untuk tips membeli 5 buah-buahan tempatan yang terbaik sekali:

1. Tembikai

Image via Sinar.FM

Tips 1: Perhatikan bentuk

Rasa manis isi buah tembikai bergantung kepada bentuknya. Contohnya, tembikai 'jantan' yang mempunyai bentuk lonjong mempunyai isi yang berair manakala tembikai 'betina' yang berbentuk bulat mempunyai isi yang manis.

Image via Sinar.FM

Tips 2: Perhatikan warna kulit 

Pastikan buah tembikai mempunyai tompokan kuning krim atau oren pada titik bawahnya. Ini bermakna buah tembikai anda sudah matang dengan sempurna.

Image via Mingguan Wanita

Tips 3: Perhatikan tangkai buah

Tangkai buah tembikai yang kering dan kecut bermakna tembikai sudah masak ranum manakala tangkai hijau bermakna tembikai masih muda.  

Tips 4: Periksa Bunyi

Untuk memastikan tembikai memang sudah dimasak ranum, tepuk buah tembikai beberapa kali. Jika bunyi seakan-akan kosong, maknanya tembikai sudah cukup matang.

2. Nanas

Image via okelifestyle

Tips 1: Tekan buah

Nanas yang sudah matang akan mempunyai tekstur yang empuk apabila ditekan. Elakkan dari membeli nanas yang mempunyai tekstur keras kerana ini bermakna nanas masih muda dan belum sedia untuk dimakan. 

Tips 2: Cabut daun di tengah

Keranuman buah nanas boleh dipastikan apabila daun di tengah boleh dicabut dengan mudah.

Image via Palembang Tribun News

Tips 3: Hidu aroma 

Jika sudah matang, nanas akan mempunyai aroma yang manis dan segar manakala nanas yang muda tidak mempunyai apa-apa aroma. Sekiranya terdapat bau tidak menyenangkan seperti alkohol atau cuka, maknanya nanas sudah terlebih matang dan kemungkinan sudah busuk. 

3. Mangga

Image via Agronet

Tips 1: Perhatikan warna kulit

Mangga yang sudah matang kebiasaannya mempunyai kulit berwarna kuning terang

Image via Kumparan

Tips 2: Hidu aroma 

Mangga yang matang dan manis mempunyai aroma yang sangat harum, manakala mangga yang dipetik dari pokok sebelum matang tidak mempunyai aroma langsung. 

4. Durian

Image via Shahrizal Md Noor

Tips 1: Perhatikan bentuk 

Bentuk durian yang bulat menandakan isi yang padat berbanding durian yang berbentuk lonjong. 

Tips 2: Perhatikan berat buah

Apabila memilih durian berdasarkan berat, pilihlah durian yang ringan kerana dijamin isinya lebih banyak. 

Image via maukerja

Tips 3: Perhatikan tangkai

Tangkai buah durian perlu diambil kira sewaktu membeli kerana tangkai yang pendek dan tebal menandakan isi yang banyak dan padat

Tips 4: Perhatikan duri 

Pastikan durian mempunyai duri yang pendek dan jarang-jarang kerana ini menandakan isi yang padat.

Tips 5: Hidu aroma 

Pilih durian yang mempunyai aroma manis untuk mendapatkan isi yang manis juga. 

5. Betik

Image via drrozmey

Tips 1: Perhatikan warna kulit

Buah betik yang mempunyai kulit berwarna kemerah-merahan bermakna sudah mencapai kematangan manakala kulit yang berwarna hijau menandakan betik belum matang dengan sempurna.

Tips 2: Tekan buah

Tekan betik untuk memastikan kematangannya. Jika buah betik mempunyai tekstur lembut, maknanya buah sudah sedia untuk dimakan.

Image via famouschris

Tips 3: Periksa berat buah 

Buah betik yang berat kebiasaannya mempunyai isi yang tebal dan padat.

Jika sebelum ini anda hanya bergantung kepada penjual buah, sekarang anda hanya perlu mempraktikkan langkah-langkah di atas untuk membeli buah yang elok

Walaupun perkara ini nampak seperti remeh, tetapi sebenarnya dengan mengetahui cara-cara memilih buah yang betul, anda boleh menjimatkan duit dan juga masa kerana anda tidak akan tersalah membeli buah yang sudah busuk ataupun yang tidak matang lagi. 

Selamat membeli!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Dapatkan banyak lagi tips berkenaan makanan di sini:

Elakkan pembaziran buah-buahan dengan resipi-resipi ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment