Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Aisha Retno Anggap Shiha Zikir Pesaing Terdekat AJL38 - "Lagu Kalam Dia Sangat Strong"

Difahamkan, lagu 'Sutera' mempunyai banyak elemen yang perlu dititikberatkan.

Cover image via Kosmo Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aisha Retno bakal berentap buat julung kalinya di pentas AJL38 selepas empat tahun ceburi industri muzik

Antara penyanyi melayakkan diri ke AJL38 termasuklah Aina Abdul, Marsha Milan, Ernie Zakri, Ziana Zain, Hael Husaini, Amir Jahari, Masdo dan Naqiu.

Menerusi temu bual bersama Aisha Retno, dia rasa tidak percaya apabila dapat melangkah ke pentas AJL38.

Selain itu, Aisha turut berkongsi tentang persediaan yang dibuatnya untuk berentap dengan 12 lagu lain di pentas berprestij itu buat kali pertama.

Katanya, lagu 'Sutera' mempunyai banyak instrumen jadi dia perlu lebih menitikberatkan dari segi tarian, nyanyian dan elemen-elemen lain.

Setiap penyanyi mempunyai kehebatan tersendiri, tetapi bagi Aisha Retno menganggap Shiha Zikir pesaing terdekatnya

Menurut Aisha Retno, semua penyanyi yang lain pernah menjejakkan kaki ke Anugerah Juara Lagu (AJL) tetapi tidak baginya kerana ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke pentas berprestij ini.

Aisha anggap lagu 'Kalam' sangat hebat kerana mempunyai genre yang sama selain lagu nyanyian Shiha Zikir itu menunjukkan anak Malaysia yang mementingkan tradisi.

"Bagi Aisha, pesaing terdekat according to my genre will be Shiha Zikir, lagu Kalam dia sangat strong and love it serta sangat menitikberatkan anak nusantara yang bangga dengan tradisionalisme yang tinggi," kata Aisha ketika ditemu bual SEISMIK.

Image via Nurin Fatihah/SAYS Seismik

Aisha Retno jadikan komen Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memuji bakatnya sebagai pembakar semangat

Aisha Retno sangat berbesar hati dan menghargai komen yang diberikan oleh penyanyi tersohor itu disifatkan antara individu yang melihat perjalanan kariernya serta mengiktiraf bakatnya.

Selain itu, Aisha juga menghargai penyanyi-penyanyi legend, walaupun telah menapak di industri muzik dalam tempoh masa yang lama tetapi tetap menyokong penyanyi baru.

"Terima kasih Tokti kerana percaya kepada bakat-bakat baru. Ini yang Aisha sangat appreciate dengan artis-artis di Malaysia walaupun mereka sudah berada dalam industri muzik berpuluh tahun tetapi masih respect dengan penyanyi yang baru," katanya lagi kepada SEISMIK.

Tak sabarnya nak tengok kemunculan pertama Aisha Retno di pentas AJL38!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment