Aksi Si Cilik Berselera Makan Siap Puji Masakan Ibunya Ini Buat Ramai Turut Terliur
Seronoknya tengok dia makan.
Bagi para ibu mesti akan rasa seronok bila makanan yang dimasak untuk ahli keluarga dipuji, bukan?
Selepas penat bertungkus-lumus di dapur, mengemas dan sebagainya, boleh jadi hilang penat bila ada orang memuji masakan kita. Rasa seperti penat lelah itu dibayar dalam bentuk penghargaan.
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang wanita menunjukkan aksi anak lelakinya yang begitu berselera ketika menjamah hidangannya itu telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sambil makan, sambil puji masakan ibunya
Menerusi video berkenaan, wanita itu menunjukkan gelagat anaknya ketika sedang makan makanan yang dimasaknya selepas dia pulang dari sekolah.
Si cilik itu memberikan reaksi bagi menunjukkan makanan ibunya itu sangat sedap. Malah dia juga berkata hidangan ibunya itu sangat special.
Di ruangan kapsyennya pula, dia berkata daripada tidak rasa lapar terus rasa lapar sebaik sahaja melihat reaksi si cilik itu.
Lihat video lain itu di bawah:
"Ini kalau tengah puasa, tak boleh tengok dan tunggu di makan. Terus terliur tengok" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 768K views, 53.9K likes dan 3,714 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur. Malah, mereka turut memuji cara anaknya itu makan dengan bersih.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @zatul_sahabudin (TikTok)
Image via @zatul_sahabudin (TikTok)
Image via @zatul_sahabudin (TikTok)
Image via @zatul_sahabudin (TikTok)
Amboi dik, siap buat bunyi. Sedap sangatlah tu :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment