Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Album Baru Coldplay Diperbuat Daripada Sampah Malaysia - "Means Our River Many Rubbish"

Piring hitam album kumpulan dari London itu diperbuat daripada botol plastik yang sudah digunakan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kumpulan muzik antarabangsa terkenal, Coldplay baru-baru ini berkongsi mengenai album terbaru mereka

Coldplay yang pernah mengadakan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 22 November tahun lalu mencatat kehadiran penonton paling tinggi sepanjang karier mereka.

Antara faktor utama sambutan luar biasa itu tidak lain disebabkan band dari Britain itu cuma mengadakan konsert sehari saja di sini. Tambahan pula, ia konsert julung kali mereka di Malaysia.

Kumpulan Coldplay.

Image via Business Today

Dedah vinyl album baru diperbuat daripada sampah sungai Malaysia dan Indonesia

Menerusi sebuah video yang memaparkan Chris Martin, vokalis utama Coldplay memberitahu bahawa setiap vinyl album mereka dihasilkan daripada 9 botol plastik.

Menurutnya, vinyl album mereka dihasilkan daripada plastik sampah yang telah diambil dari sungai-sungai di Malaysia dan Indonesia.

Difahamkan, plastik sampah tersebut telah diambil menggunakan River Cleanup Boat, iaitu sebuah teknologi canggih yang dibiayai kumpulan berkenaan.

Sebelum ini, Coldplay memang diketahui lantang laungkan usaha pemeliharaan alam sekitar dalam setiap aktiviti seni mereka.

Pengeluaran piring hitam kembali rancak sejak lebih sedekad lalu. Namun, bahannya diperbuat daripada paip polivinil klorida (PVC) yang mengambil masa satu abad untuk mereput di tapak pelupusan sampah.

Lihat video di bawah:

Punyalah banyak sampah dekat sungai sampai boleh buat album :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment