"Alhamdulillah, Terima Kasih" - Wanita Seronok Sebaik Saja Dapat Sijil Cerai Secara Rasmi
Mungkin dia dah lama tunggu kot?
Bagi pasangan suami isteri, tidak semua hubungan itu indah belaka buat mereka
Tambahan lagi, selepas beberapa tahun bersama. Bermacam-macam kerenah pasangan yang boleh dilihat. Salah faham itu adalah perkara biasa buat semua isteri.
Tetapi, untuk mengekalkan kebahagiaan dalam sesebuah hubungan itu adalah perkara yang sukar jika tiadanya komunikasi di antara dua pihak. Ia boleh menyebabkan sehingga ke perpisahan. Siapa saja mahu bercerai betul tak?
Tular sebuah video di TikTok ini apabila seorang wanita meluahkan rasa syukurnya sebaik saja mendapat sijil cerai rasmi bersama suami telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Berlari gembira sebaik saja dapat sijil cerai
Menerusi video tersebut, difahamkan kejadian berlaku di negara jiran Indonesia apabila reaksi seorang wanita dilihat gembira selepas bercerai dengan suaminya.
Wanita berkenaan langsung tidak nampak sedih, malah meluahkan rasa syukurnya kerana akhirnya dia secara rasmi bercerai.
"Ya Allah keluar juga akta ceraiku, Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, aku sudah bercerai," katanya.
Image via @tinamomami92 (TikTok)
"Ok lah dia happy. Mungkin banyak dah derita yang dia tanggung sebelum ni" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.9M views, 137.5K likes dan 11.8K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Image via @tinamomami92 (TikTok)
Image via @tinamomami92 (TikTok)
Image via @tinamomami92 (TikTok)
Image via @tinamomami92 (TikTok)
Image via @tinamomami92 (TikTok)
Image via @tinamomami92 (TikTok)
Ada sebab kot mungkin dia gembira? Doakan yang terbaik sajalah :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment