Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ambil Masa 15 Saat, Video Lelaki Ajar 'Tutorial' Cara Pakai Samping Ini Raih Tumpuan

Mudah dan kemas pula tu.

Cover image via @shnllhrn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam tak sedar kita hanya berbaki beberapa hari saja dalam bulan Ramadan sebelum menjelangnya Aidilfitri

Walaupun umum mengetahui kerajaan baru saja mengumumkan semula Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa daerah Selangor, namun itu bukanlah penghalang untuk menyambut Aidilfitri.

Sudah pasti ramai yang sudah melakukan pelbagai persiapan hari raya tahun ini. Baju baru, kuih raya dan sebagainya. Tak salah untuk masih nampak kemas dan cantik di pagi hari raya walaupun hanya berada di rumah.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki menunjukkan cara memakai samping mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lakukan cabaran sampin 15 saat dengan cara mudah dan kemas

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga dikenali sebagai seorang pereka fesyen popular iaitu Shanell Harun, dia melakukan cabaran untuk memakai samping dalam hanya masa 15 saat saja.

Disebabkan hari raya semakin dekat, jadi dia mengambil keputusan untuk menunjukkan cara mudah dan kemas memakai samping supaya tidaklah anda kelam kabut di pagi raya.

Dia kemudiannya diminta untuk menunjukkan cara memakai samping tersebut di badan sendiri supaya netizen lebih mudah melakukannya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Alahai senangnya, raya nanti boleh cuba" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tidak sabar untuk mencubanya. Malah, ramai juga yang berpendapat ikatan samping itu sangat style dan pasti nampak cantik bila memakainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 48.7K likes dan 586 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @shnllhrn (TikTok)

Image via @shnllhrn (TikTok)

Image via @shnllhrn (TikTok)

Image via @shnllhrn (TikTok)

Image via @shnllhrn (TikTok)

Image via @shnllhrn (TikTok)

Boleh cuba pakai pagi raya nanti. Mesti nampak segak! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment