Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak 5 Tahun Menang Cabutan Bertuah Kereta Perodua Aruz - "Kereta Ini Akan Membantu Kami"

Tahniah dik, rezeki tak salah alamat.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rezeki, jodoh dan kematian semuanya sudah ditentukan oleh Tuhan buat kita

Rezeki juga boleh datang dalam pelbagai cara tidak mengira tempat dan masa. Jika ia ditakdirkan untuk kita, maka ia memang milik kita.

Seperti tuah yang berpihak kepada budak perempuan yang berumur lima tahun ini apabila dia memenangi cabutan bertuah sebuah kereta.

Menang hadiah kereta Perodua Aruz lepas masuk cabutan bertuah SUKMA Sarawak

Menerusi perkongsian Facebook Pisza Kawi, wanita itu meluahkan rasa syukurnya selepas anak perempuannya yang bernama Ainul Mardhiah memenangi cabutan bertuah sempena SUKMA Sarawak.

Difahamkan, adik Ainul telah memenangi sebuah kereta Perodua Aruz. Malah, tuah anaknya ini bagai mengerti, bahawa keluarganya ini sangat memerlukan sebuah kereta bagi memudahkan aktiviti harian mereka.

Menerusi Utusan Sarawak, ketika mendengar nama puterinya disebut, bapanya,Hirizuan Solhi bagai berada dalam mimpi dan seakan tidak percaya apa yang sedang berlaku.

"Saya setiap hari ulang alik dari Kuching ke Serian untuk bekerja, dengan ada kereta ini nanti, bolehlah isteri saya menggunakannya untuk mengambil anak-anak balik dari sekolah.

"Kami hanya memiliki sebuah kereta, iaitu Perodua Myvi, dengan memenangi kereta ini nanti ia akan banyak membantu kami sekeluarga dalam pelbagai aspek, tambahan lagi kereta yang dimenangi ini memiliki tujuh tempat duduk," katanya.

Image via Utusan Sarawak

Image via Utusan Sarawak

Tahniah buat adik Ainul, rezeki memang tak salah alamat :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment