seismik

Zoo Johor Bakal Dibuka Semula 31 Ogos Ini, Diskaun Harga Tiket Sehingga 50 Peratus

Untuk rekod, Zoo Johor merupakan zoo tertua di negara ini.

Cover image via Onn Hafiz Ghazi (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan bahawa Zoo Johor akan dibuka secara rasmi kepada umum pada 31 Ogos 2024

Berkata kepada media, pembukaan semula Zoo Johor adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim termasuk Kurniaan haiwan peliharaan Istana Johor seperti Harimau Belang, Tapir dan Berulang Matahari kepada Zoo Johor.

Tambah beliau, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan berangkat bagi menyempurnakan perasmian pembukaan Zoo Johor pada 28 Ogos 2024.

"Pembukaan Zoo Johor ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh bangsa Johor, tetapi oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"Pembangunan semula Zoo Johor merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor untuk menjadikanya sebagai antara tarikan dan produk pelancongan keluarga di negeri Johor dengan jumlah peruntukan yang dibelanjakan sejumlah RM9.67 juta bagi kerja-kerja menaik taraf.

"Selain itu, pembangunan semula Zoo Johor ini juga merupakan agenda kerajaan negeri bagi menjayakan Tahun Melawat Johor 2026," katanya.

Bersempena pembukaan semula Zoo Johor, kerajaan negeri akan memberikan potongan 50 peratus bagi tiket dewasa dan percuma bagi kanak-kanak, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) selama sebulan iaitu mulai 31 Ogos hingga 30 September 2024.

Harga tiket adalah RM10 bagi dewasa (warganegara), RM5 (pemegang MyKid lima - 12 tahun), RM5 (pemegang MyKad, 60 tahun ke atas dan percuma bagi OKU (pemenang MyKad).

Bagi pelancong asing pula, tiket adalah berharga RM30 bagi umur lima tahun ke atas dan percuma bagi bawah lima tahun.

Untuk makluman anda, Zoo Johor di tutup hampir tiga tahun akibat pandemik Covid-19 termasuk kerja-kerja naik taraf zoo berkenaan.

Ia merupakan zoo tertua di negara ini. Namun, Zoo Johor kini tampil dengan wajah baharu dan koleksi 275 ekor haiwan daripada 53 spesies, termasuk dalam kategori Mamalia, Primata, Reptilia, dan Burung.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: