"Anak Bertuah" - Bawa Balik Makanan Jamuan Untuk Ibu, Tapi Anak Letak Dalam Beg Sekolah
Macam mana lah nak makan tu.
Kebiasaannya, ramai orang akan membuat rumah terbuka atau jamuan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri
Di sekolah juga pasti tidak ketinggalan untuk mengadakan jamuan kelas untuk murid-murid. Biasanya di sekolah adalah jamuan seperti potluck. Murid-murid akan membawa makanan yang dimasak dari rumah.
Malah, kita juga boleh bertukar-tukar rasa makanan dan jika ada lebihan boleh bungkus membawa balik betul tak?
Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat anaknya semasa membawa makanan balik telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Niat dah baik nak bawa untuk ibu, tapi bantai pula letak dalam beg
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa jamuan sekolah anaknya dengan beberapa keping gambar.
Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah wanita itu berkongsi anaknya membawa pulang makanan lebihan daripada jamuan kelas tersebut dengan diisinya di dalam beg sekolah.
Situasi itu membuatkan si ibu tergelak melihat gelagat si anak kerana tidak menyangka ia akan meletakkan di dalam beg itu.
Image via @oshinroslan (TikTok)
"Hahaha. Dia nak cepat tu, takut habis tak dan nak kaut bungkus" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 811.4K views, 34.9K likes dan 1,125 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @oshinroslan (TikTok)
Image via @oshinroslan (TikTok)
Image via @oshinroslan (TikTok)
Image via @oshinroslan (TikTok)
Image via @oshinroslan (TikTok)
Aduhai dik, boleh pula dia fikir nak letak dalam beg ya :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment