Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Apa Beza MNC, GLC, SME? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang 3 Jenis Syarikat Di Malaysia

Oh, baru tahu.

Cover image via Bizasean Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Adakah anda tahu apa beza antara Multi National Company (MNC), Government Link Company (GLC) dan Small & Medium Enterprise (SME)?

Image via giphy.com

Jangan risau, kali ini kami kongsikan perbezaan antara tiga jenis syarikat yang ada di Malaysia ini.

1. Multi National Company (MNC)

MNC merupakan syarikat antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Bilangan negara di mana MNC beroperasi bergantung kepada saiz sesebuah syarikat itu.

MNC biasanya mempunyai ibu pejabat di sesebuah negara dan pejabat serantau atau tempatan di seluruh dunia. Kebiasaannnya MNC merupakan syarikat besar yang mempunyai bilangan pekerja yang ramai.

MNC mungkin wujud dalam banyak industri yang berbeza, seperti industri pengangkutan dan perkapalan, industri makanan dan industri fesyen.

Antara contoh syarikat MNC yang beroperasi di Malaysia adalah seperti:

  • Nestle
  • Google
  • Panasonic
  • Honda
  • Intel
  • Sime Darby
  • Eco World Malaysia
  • Axiata

Image via The Malaysian Reserve

2. Government Link Company (GLC)

GLC merupakan syarikat yang dikawal selia oleh kerajaan sama ada secara langsung melalui kepentingan majoriti atau secara tidak langsung melalui kepentingan minoriti.

GLC juga berkait dengan Government-Linked Investment Company (GLIC) yang melabur bagi pihak orang ramai juga kerajaan Malaysia dan melabur serta memperuntukkan dana kepada GLC.

Dalam erti kata lain, GLC merupakan syarikat yang dimiliki oleh GLIC melalui majoriti saham atau kerajaan melalui pegangan saham emas atau agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk tujuan spesifik.

Berikut di bawah antara contoh syarikat GLC yang ada di negara ini:

  • Telekom Malaysia
  • Petronas
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Maybank
  • Gamuda
  • CIMB Bank
  • Celcom
  • Rapid KL

Image via Harian Metro

3. Small & Medium Enterprise (SME) / Industri Kecil & Sederhana (IKS)

SME merupakan syarikat yang berasaskan perusahaan kecil dan sederhana atau syarikat perniagaan milik persendirian. Syarikat ini biasanya menjalankan perniagaan tempatan.

SME selalunya dilihat lebih besar daripada syarikat permulaan tetapi lebih kecil daripada MNC. SME juga mungkin menjana hasil yang jauh lebih rendah daripada MNC.

Perusahaan kecil dan sederhana adalah penting kepada ekonomi tempatan kerana mereka sering mengambil kakitangan dan pekerja tempatan membolehkan membantu mengurangkan kadar pengangguran.

Ia juga memacu inovasi dalam percubaan mereka untuk menjimatkan kos. Kerajaan mungkin menawarkan polisi cukai yang menguntungkan SME atau geran tertentu untuk membantu mereka berkembang dan membangun.

Image via Harian Metro

Sekarang dah faham? Bagi yang tengah cari kerja tu bolehlah tahu syarikat yang korang target tu dalam kategori mana :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment