seismik

Ini Senarai 10 Syarikat Malaysia Yang Tawarkan Gaji Permulaan Tertinggi Untuk 'Fresh Grad'

Gaji graduan baru telah meningkat sebanyak 30% sejak tahun 2020.

Cover image via Universiti Malaya & Google

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Agak-agak berapa gaji graduan baru zaman sekarang?

Menurut Indeed, purata gaji asas untuk siswazah baharu kini ialah RM2,831 berdasarkan data hampir 5,000 gaji graduan baharu di Malaysia melalui platformnya.

Kajian industri menunjukkan bahawa gaji siswazah baharu telah meningkat sekitar 30% sejak pandemik, disebabkan gaya hidup dan kos hidup yang tinggi, seperti yang dilaporkan oleh The Star. Ini bermakna bayaran graduan baharu sebelum tahun 2020 ialah kira-kira RM1,980.

Ia terdiri daripada pelbagai sumber, termasuk Glassdoor, LinkedIn, dan laman web penempatan kerja lain, kami telah menyusun senarai gaji graduan baharu.

Ini adalah syarikat-syarikat di Malaysia yang membayar gaji permulaan tertinggi kepada graduan baharu:

Nota: Syarikat-syarikat disenaraikan mengikut susunan abjad.

1. B. Braun Group

Image via B. Braun

B. Braun adalah salah satu syarikat teknologi perubatan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1839, syarikat ini menghasilkan produk farmasi yang selamat dan berkesan untuk profesional perubatan.

Bilangan pekerja: Lebih daripada 63,000 orang secara global
Industri: Pembuatan Peralatan Perubatan
Lokasi: Pulau Pinang

Gaji permulaan purata untuk graduan baharu: RM3,200 - RM4,000 sebulan.

Klik sini untuk info kekosongan jawatan semasa.

2. Intel Corporation

Image via Soya Cincau

Intel merupakan salah satu industri pengeluar cip semikonduktor terbesar di dunia. Ia juga merupakan salah satu pembangun set arahan siri x86 yang terdapat dalam kebanyakan komputer peribadi.

Bilangan pekerja: Lebih daripada 10,000 orang di Malaysia
Industri: Pembuatan Semikonduktor & Litar
Lokasi: Pulau Pinang

Gaji permulaan purata untuk graduan baharu: RM4,000 - RM5,000 sebulan.

Klik sini untuk info kekosongan jawatan semasa.

3. Maybank

Kumpulan Maybank merupakan penyedia perkhidmatan kewangan utama di Malaysia. Ia memenuhi keperluan pengguna, pelabur, usahawan, organisasi dan syarikat.

Kumpulan ini telah berkembang antarabangsa dan mempunyai rangkaian terbesar dalam kalangan bank-bank Malaysia dengan lebih daripada 2,400 cawangan dan pejabat di 20 negara.

Bilangan pekerja: Lebih daripada 46,000 orang di Malaysia
Industri: Perbankan & Perkhidmatan Kewangan
Lokasi: Cawangan di seluruh Malaysia, Ibu pejabat di Kuala Lumpur

Gaji permulaan purata untuk graduan baharu: RM3,000 hingga RM4,500 sebulan.

Klik sini untuk info kekosongan jawatan semasa.

4. Nestlé Malaysia

Ditubuhkan pada tahun 1866, Nestlé merupakan syarikat makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat berpusat di Switzerland, jenama ini menawarkan produk dan perkhidmatan untuk semua peringkat kehidupan, daripada produk susu bayi sehingga snek, makanan, dan banyak lagi.

Bilangan pekerja: Lebih daripada 5,000 orang di Malaysia
Industri: Perkhidmatan Makanan & Minuman
Lokasi: Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Sarawak

Gaji permulaan purata untuk graduan baharu: RM3,000 hingga RM4,500 sebulan.

Klik sini untuk info kekosongan jawatan semasa.

5. PETRONAS

Image via PETRONAS

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ialah syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, komited untuk memacu kemajuan masyarakat secara bertanggungjawab dan mampan.

Bilangan pekerja: Lebih daripada 47,700 orang secara global
Industri: Minyak & Gas
Lokasi: Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur

Gaji permulaan purata untuk graduan baharu: RM4,000 hingga RM7,000 sebulan.

Klik sini untuk info kekosongan jawatan semasa.

6. Sime Darby Berhad

Image via The Edge

Sime Darby Berhad ialah sebuah konglomerat perdagangan. Ibu pejabatnya terletak di Malaysia, manakala ia beroperasi di 17 negara dan wilayah lain. Perniagaan utamanya beroperasi dan melayani dalam sektor-sektor industri, automotif, dan logistik, serta segmen kesihatan dan insurans.

Bilangan pekerja: Lebih daripada 22,000 orang di Malaysia
Industri: Pengurusan Pelaburan
Lokasi: Selangor, Pulau Pinang

Gaji permulaan purata untuk graduan baharu: RM2,900 hingga RM3,500 sebulan

Klik sini untuk info kekosongan jawatan semasa.

7. TechnipFMC

Image via TechnipFMC

TechnipFMC adalah sebuah syarikat minyak dan gas global yang berasal dari Perancis-Amerika yang menyediakan perkhidmatan untuk industri tenaga, memberi tumpuan kepada tenaga tradisional dan baru serta menyampaikan projek, produk, dan perkhidmatan sepenuhnya bersepadu.

Bilangan pekerja: Kira-kira 20,000 orang secara global
Industri: Minyak & Gas
Lokasi: Kuala Lumpur, Johor Bahru

Gaji permulaan purata untuk graduan baharu: RM3,800 hingga RM4,500 sebulan

Klik sini untuk info kekosongan jawatan semasa.

8. Tenaga Nasional Berhad

Image via TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah sebuah syarikat utiliti terkemuka di Malaysia. TNB juga mempunyai kerjasama antarabangsa dengan United Kingdom, Kuwait, Turkiye, Arab Saudi, dan India.

Ia merupakan syarikat penghasilan tenaga elektrik utama Malaysia, dengan portfolionya yang merangkumi penghasilan tenaga boleh diperbaharui melalui tenaga solar, angin, dan hidro.

Bilangan pekerja: Lebih daripada 34,000 orang di Malaysia
Industri: Utiliti
Lokasi: Ibu pejabat di Kuala Lumpur

Gaji permulaan purata untuk graduan baharu: RM3,400 hingga RM4,000 sebulan

TNB pada masa ini tidak menawarkan sebarang peluang pekerjaan.


9. Telekom Malaysia

Image via HR Asia

TM Technology Services Sdn Bhd ialah syarikat penyedia infrastruktur digital dan ketersambungan nasional

Ia juga penyedia rangkaian telekomunikasi terintegrasi terkemuka di Malaysia. Ia menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang komprehensif dalam perkhidmatan tetap, mobiliti, kandungan, WiFi, ICT dan perkhidmatan pintar.

Bilangan pekerja: Lebih daripada 28,000 orang di Malaysia
Industri: Telekomunikasi
Lokasi: Kuala Lumpur, Cyberjaya

Gaji permulaan purata untuk graduan baharu: RM3,000 hingga RM4,700 sebulan

Klik sini untuk info kekosongan jawatan semasa.

10. Texas Instruments

Texas Instruments ialah sebuah syarikat semikonduktor global yang mereka bentuk, hasil, uji, dan jual cip pemprosesan analog dan cip terbenam.

Ia mempunyai lebih daripada 80,000 produk yang membantu mengurus kuasa, mengesan dan menghantar data dengan tepat, serta menyediakan kawalan atau pemprosesan asas dalam reka bentuk mereka.

Produknya digunakan dalam pelbagai pasaran seperti industri, automotif, elektronik peribadi, peralatan komunikasi, dan sistem korporat.

Bilangan pekerja: Kira-kira 4,000 orang di Malaysia
Industri: Pembuatan Semikonduktor
Lokasi: Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang

Gaji permulaan purata untuk graduan baharu: RM4,300 - RM5,000 sebulan

Klik sini untuk info kekosongan jawatan semasa.

Sumber: Indeed, Rice Bowl

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: