seismik

Tahun Depan Dah Umur 30? Ini 6 Perkara Yang Anda Kena Bersedia. Selamat Tinggal 20an!

Jangan menyesal bila dah umur 30 tahun nanti!

Cover image via @nashanazari (IG) & Smart City

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Angka 30 sentiasa menjadi angka usia yang ramai takut untuk jejaki

Iyalah, nak tinggalkan usia 20an kan? Tempoh usia ini juga sering disebut mid-life crisis yang mana semua akan terkejar-kejar dengan pencapaian hidup seperti hubungan, pekerjaan dan banyak lagi. 

Ada sesetengah yang merasa ketinggalan, ada juga yang telah berada di tahap yang memuaskan. Namun, kehidupan ini bukanlah satu perlumbaan. Setiap orang mempunyai pace masing-masing. 

Jadi, semestinya umur 30 tahun ini menjadi fasa baru dalam hidup. Kepada anda yang baru nak masuk umur 30 tahun, adakah anda bersedia?

Ini antara perkara yang perlu anda bersedia. Take note!

1. Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain

"It's completely okay je if you're in your 30s and still figuring out who you are or what you want to do. No need to compare yourself to others. As long as you happy and tenang with who you are and what you're currently doing, no need to overthink or stress especially on the uncertainties of the future. Life is a journey, and it's okay to take your time to discover and embrace your path at your own pace."

- Shiqin Roselly

2. Cari 'purpose of life'

"Ketika diambang 20-an, Pedd masih mencari arah. Banyak mencuba, gagal dan cuba lagi. Bila tiba 30-an, arah itu makin terang. Kebahagiaan juga ditemui ketika itu. Kehidupan lebih bermakna dan 'purpose of life' makin nyata. 'Purpose of life' amat penting untuk manusia terus hidup. Now that I have reached 40, it's time to look forward to reap the fruits of my 3 decades of labor."

- Pedd Farhana

3. Jangan tinggal solat dan banyakkan ibadah

"Cuba untuk tak tinggal solat dan banyakkan ibadah. Makin tua, makin dekat ke arah tu (self reminder)."

- Nasha

4. Jaga kesihatan mental & pergi healing

"Jaga kesihatan mental. Makin berumur, makin banyak tanggungjawab dan expectations. Cuba cari orang yang awak percaya untuk bercerita (bukan kepada semua orang, keep your circle small). Go healing-healing your own way!"

- Nasha

5. Kesihatan adalah harta

"Kesihatan adalah harta segala galanya. Kita harus pentingkan dan fokus kepada apa yang penting, kesihatan. Tanpa kesihatan yang baik bagaiman kita nak capai impian kita"

- Raz

6. Belajar skil kemahiran hidup supaya memudahkan aktiviti seharian

"Bila dah berumur 30 ni, get ready lah yang badan dah tak berfungsi macam umur 20 dulu. Sebab tu kesihatan kena jaga. Selain tu belajar lah skil skil kemahiran hidup supaya memudahkan aktiviti seharian. Bertukang ke, memasak ke menjahit ke. Banyakkan membaca benda yang berfaedah selain hiburan untuk gelak ketawa."

"Kena ada plan for your future tapi jangan overplanned nanti stress sendiri. Untuk lelaki, orang kata umur gini lelaki akan terserlah kehensamannya jadi belajar lah dress up elok-elok bila keluar rumah ya. Saving pun kena ada. Selamat datang ke 30an!"

- Zaidi Aziz

Dengar tu siapa yang nak masuk umur 30 tahun :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: