Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Apa Pun Tak Faham" - Lelaki Berlakon Cakap Dalam Bahasa Singkatan Ini Bikin Netizen Dekah

Aduh pening dibuatnya.

Cover image via @farelogic (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita menghubungi seseorang melalui teks mesej atau panggilan telefon

Iyalah, bukan saja senang dan mudah, dengan rangkaian internet yang ada sekarang juga membolehkan sesuatu mesej itu disampaikan dengan laju. Namun begitu, tidak dinafikan ramai di antara kita yang sering menggunakan bahasa singkatan dalam penulisan teks mesej. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini tentang seorang lelaki yang menggunakan bahasa singkatan untuk membuat panggilan kepada teman wanitanya. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Guna bahasa singkatan sampai orang tak faham satu pun yang dikatakan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @farelogic, kelihatan dia sedang berlakon menelefon teman wanitanya.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia menggunakan bahasa singkatan untuk berborak dengan teman wanitanya. Lebih menarik perhatian lagi, tiada seorang pun faham apa yang dikatakan seolah-olah seperti bahasa alien.

Rupa-rupanya, situasi yang dilakonkan merupakan situasi percintaan jarak jauh. Difahamkan teman wanitanya rindu kepadanya dan ingin mengajak untuk berjumpa tetapi ditolak oleh lelaki itu. 

Image via @farelogic (TikTok)

Image via @farelogic (TikTok)

"Penat lah macam ni, aku ingat bahasa Thailand tadi" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu. Malah, ramai juga yang tidak faham dengan apa yang hendak disampaikan olehnya.

Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat 2.6M tontonan, 250K tanda suka dan 4K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @farelogic (TikTok)

Image via @farelogic (TikTok)

Image via @farelogic (TikTok)

Image via @farelogic (TikTok)

Image via @farelogic (TikTok)

Aduhai, kelakar lah, dia sebut satu satu bahasa singkatan tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment