“April Fool” - Wanita Ini Ingat Dapat Pizza Saiz Regular, Tapi Rupa-Rupanya Kena Scam
Hahaha kena tipu ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Membeli makanan secara online kini menjadi pilihan ramai orang betul tak?
Ia kerana, perkhidmatan ini lebih memudahkan dan lebih menjimatkan masa berbanding beli di luar. Tambahan pula dengan wabak Covid-19 yang masih belum redha. Semua jenis makanan kegemaran boleh dipesan secara delivery saja.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila dia kena 'scam' semasa membeli pizza hut telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Order pizza kecil tapi hairan dapat regular
Menerusi video tersebut, wanita tersebut berkongsi kejadian lucu yang berlaku pada dirinya semasa membeli makanan.
Difahamkan, dia memesan pizza bersaiz kecil. Tetapi, apabila sampai, dia terkejut melihat kotak saiz pizza tersebut.
Dia kemudian memikirkan sama ada mungkin pizza hut tersilap melakukan pesanannya dengan memberikan regular saiz. Namun, rupa-rupanya apabila dibuka ia adalah bersaiz kecil seperti yang dipesannya. Mereka cuma menggunakan kotak yang lebih besar saja.
Image via @zaqeyah (TikTok)
Image via @zaqeyah (TikTok)
"Akak kena rendam air, nanti dia kembang" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 146.3K views, 13.4K likes dan 100 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @zaqeyah (TikTok)
Image via @zaqeyah (TikTok)
Image via @zaqeyah (TikTok)
Image via @zaqeyah (TikTok)
Image via @zaqeyah (TikTok)
Image via @zaqeyah (TikTok)
Baru nak gembira tapi rupa-rupanya kena scam pula ya :P
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment