"Auto Basah Pipi" - Masing-Masing Ego, Akhirnya Adik-Beradik Baik Semula Ini Bikin Terharu
Mereka ada budaya saling suap adik-beradik masa family day.
Memiliki adik-beradik yang ramai sudah pasti agak mencabar untuk menjaga hubungan itu
Kadangkala, anak sulung perlu tegas dengan adik-beradik supaya hubungan itu terjaga dan tidak terputus. Namun, tidak mudah untuk semua mempunyai satu pendapat yang sama. Ada yang sehingga berbalah sampai putus hubungan keluarga.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah keluarga sedang mengadakan family day, namun ada yang bergaduh telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Abang suap semua adik-beradik lain kecuali seorang adiknya
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang mengadakan family day di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila keluarga mereka mempunyai budaya saling suap menyuap. Abang sulung dikehendaki untuk suap semua adik-beradiknya.
Namun, apa yang buatkan ramai terkejut adalah apabila dia tak suap salah seorang adiknya kerana sedang bergaduh. Pada akhirnya, setelah dipujuk dan turunkan ego, mereka berdua kelihatan berpelukan semula.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Anak sulung ni kadang-kadang banyak berkorban tapi bila adik-adik pertikai itu ini luka tertusuk tajam dalam hati" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 44K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terharu melihat keluarga itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @intanorumira (TikTok)
Image via @intanorumira (TikTok)
Image via @intanorumira (TikTok)
Image via @intanorumira (TikTok)
Sedih dan terharu, siapa yang masih belum berdamai tu cepat-cepatlah saling memaafkan ya!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment