Photographer Ambil Gambar View KLCC & Genting Highlands Buat Ramai Teruja, Real Ke Edit?
Gambar ditangkap dari salah sebuah kondominium di Bukit Jalil.
Setiap photographer sudah pasti mempunyai kamera yang lengkap dengan lensa
Iyalah, mereka perlu mengambil gambar untuk kerja mereka. Tidak dinafikan, alat kelengkapan jurugambar juga mahal terutamanya lensa yang mempunyai pelbagai fungsi.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang jurugambar mengambil gambar view KLCC dan Genting Highlands telah mencuri tumpuan.
Lihat posting itu di bawah:
Ramai teruja dan tanya adakah gambar itu real atau telah diedit
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang jurugambar telah memuat naik satu keping gambar di group Facebook Panaroma Indah Semesta Alam.
Apa yang lebih membuatkan ramai teruja adalah apabila dia dapat tangkap dua view dalam satu gambar dari kondominium di Bukit Jalil.
Ramai yang sangka gambar itu telah diedit, tetapi rupa-rupanya jurugambar memakai lensa yang mahal.
"Yee dia pakai tight lens, above 300mm lens baru dapat. Background akan rapat dengan subjek KLCC, tapi harga lens dia gadai 2 biji Ysuku belum tentu cukup" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 771.5K views, 5K retweets, 246 quote tweets dan 20K likes di TikTok, rata-rata netizen turut teruja dengan gambar itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!