seismik

[VIDEO] Tular Rakaman Gaduh Dengan Isteri, Bekas Ketua Polis Jawab Jangan Masuk Campur

Difahamkan, isterinya juga telah membuat laporan polis.

Cover image via @makcikbawangmu (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tular sebuah rakaman di Twitter baru-baru ini yang memaparkan pergaduhan antara suami isteri

Video tersebut telah dimuat naik di Twitter. Dipercayai seorang wanita yang merupakan isteri lelaki tersebut bergaduh dan berbalah tentang isu harta dan nafkah. 

Lelaki itu juga saling bertekak sambil memegang tali pinggang. Difahamkan, lelaki itu merupakan bekas ketua polis negara iaitu Tan Sri Musa Hassan. Sedang mereka berbalah, seorang anak lelaki dilihat melindungi ibunya dengan memukul ayahnya. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Isterinya membuat laporan polis dengan dakwaan dipukul suami

Menurut sumber, isteri kedua itu telah membuat laporan polis dan mendakwa telah dipukul suaminya. 

Wanita itu membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) pada jam 8 semalam. Wanita itu dipukul di bahagian kepala dan belakang lehernya. Punca pergaduhan dipercayai berpunca daripada isu harta dan nafkah. 

Manakala bekas polis itu juga membuat laporan polis yang menyatakan beliau dipukul menggunakan helmet. 

Beliau juga sempat membalas ciapan supaya orang ramai tidak ikut masuk campur dalam urusan privasi keluarganya

Image via Twitter

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: