Ayah Tanya Nak Hadiah Apa Untuk Birthday, Tak Sangka Jawapan Si Anak Buat Menitis Air Mata
Terkedu ayah dan ibu dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap anak semestinya mahukan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa
Ibu bapa lah tempat untuk anak-anak bermanja dan meluahkan segalanya. Tentu sekali melihat ibu bapa yang berpisah adalah saat yang perit buat si anak.
Keadaan mungkin tidaklah seperti dulu, malah waktu berjumpa juga akan berbeza. Namun, siapalah kita mahu menindakkan takdir bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan permintaan seorang anak terhadap ibu bapanya telah menyentuh hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ayah dan ibu tak sangka 'hadiah' yang diinginkan oleh anak
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang menyambut hari jadi kelahiran anak perempuan mereka.
Si ayah tiba-tiba muncul dari luar dengan membuat kejutan membawa kek sambil dirakam oleh si ibu. Lelaki itu kemudian bertanya kepada anaknya, apakah hadiah yang dia inginkan pada tahun ini.
Apa yang lebih menyentuh hati adalah, anaknya itu memberitahu mahu si ayah dan si ibu bersatu kembali kembali sebagai suami isteri membuat mereka berdua terkedu.
Malah, budak perempuan itu tidak dapat menahan mengawal emosinya ketika memberitahunya. Difahamkan, ibu bapanya telah pun bercerai.
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
"Sedihnya dengar dia cakap pasal itu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tersentuh dan sedih melihat keadaan budak tersebut. Malah, ada yang dapat merasai apa yang dilaluinya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 14.3K retweets dan 37.5K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
Siapa je tak tersentuh hati kan dengar permintaan anak dia tu :(
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment