"Bang Pinjam RM100" - Kira Duit Hasil Mengemis, Netizen Cemburu Tengok Lelaki Ini
Sekali dia keluarkan banyak tu.
Bersedekah merupakan amalan yang mulia dan patut dilakukan oleh semua orang
Kita akan mendapat banyak manfaat daripada bersedekah ini kerana ia dapat melatih diri kita untuk menolong orang susah disamping mendapat pahala.
Namun, zaman sekarang banyak kita boleh lihat peminta sedekah di pelbagai tempat awam yang mengemis meminta wang. Ada pula yang berlaku 'kasar' jika kita tidak memberikan wang kepada mereka. Dengan baju yang koyak dan lusuh, pasti akan ada yang memberikannya kepada mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X apabila seorang lelaki mengira wangnya didakwa hasil daripada mengemis telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Duduk dan kira duit di tepi tangga
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan ketika itu sedang duduk berada di sebuah kawasan tangga.
Dia kemudian mengeluarkan beberapa bungkusan makanan daripada kainnya, malah dia juga siap mengira wang difahamkan hasil daripada mengemis.
Jika dilihat, beberapa wang kertas RM1, RM5 dan RM10 disusun dan dia terus menyimpannya di dalam poket.
Image via X
"Senang dia buat kerja. Kerja meraih simpati orang" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 438.6K views, 647 repost dan 967 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Agak-agak dalam satu hari berapa dia boleh dapat ya? :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment