Bermodalkan RM8, Lelaki Ini Kongsi Raih Untung Besar Hanya Jual 'Daun Ketapang' Di eBay
Tak sampai sehari iklan di platform jual beli, dah dapat 'order' masuk.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu
Itulah perumpamaan tepat rezeki buat Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Mohd Zulariffin Md Maarof apabila dia menjadi jutawan dengan menjual daun ketapang kering di platform jual beli, eBay.
“Saya hanya keluar modal sebanyak RM8 untuk kos pos ke luar negara, modal lain hanya pungut daun ketapang kering yang bersepah-sepah di tepi jalan.
“Dari situ saya berjaya memperoleh untung sebanyak USD30 (RM139.70) dengan menjual 30 helai daun ketapang kering di laman eBay,” kongsinya.
Image via Mohd Zulariffin Md Maarof (Facebook)
Image via Mohd Zulariffin Md Maarof (Facebook)
Mengimbau kenangan 10 tahun yang lalu itu, dan bagaimana beliau boleh menjadi usahawan online, Dr Mohd Zulariffin atau mesra disapa Dr Zul berkata, beliau terdesak untuk mencari duit bagi meneruskan hidup sebagai penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Ia dilakukan memandangkan gaji sebagai pembantu penyelidik tidak mampu untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat.
Dr Zul berkata, tidak mempunyai modal yang besar untuk berniaga dan mengambil keputusan menggunakan pengetahuannya dalam bidang data dan matematik untuk mengkaji peluang perniagaan yang mempunyai modal kecil di internet.
30 helai daun yang pertama berharga USD1 (RM4.60) setiap satu telah dibeli pelanggan dari Texas, Amerika Syarikat (USA)
Menurut Dr Zul, menerusi pencarian itu, dia mendapati daun kering mendapat permintaan tinggi di laman eBay dan dikenali sebagai ‘Indian leaf’.
“Rupa-rupaya apabila dicari-cari, daun itu adalah daun ketapang yang bersepah-sepah di UTM.
“Jadi, apabila sudah tahu, saya terus mencari daun daun kering dan mengosok-gosoknya untuk membuang debu dan tanah.
“Kemudian saya buka akaun eBay dan mengambil foto daun ketapang yang kering itu untuk dijual.
“Malam itu saya tidur seperti biasa tetapi apabila bangun pada keesokan paginya, saya dapat emel menyatakan daun saya 30 helai daun berharga USD1 (RM4.60) setiap satu sudah dibeli pelanggan dari Texas, Amerika Syarikat (USA),” katanya.
Image via Mohd Zulariffin Md Maarof (Facebook)
Image via Mohd Zulariffin Md Maarof (Facebook)
Kongsi Dr Zul, pada ketika itu perasaan gembiranya yang bukan kepalang itu seperti mahu dihebohkan satu kampung.
“Saya melompat bila sales masuk dan teruja untuk cari daun kering lain dan ulang cara yang sama.
“Alhamdulillah semakin hari perniagaan semakin rancak dan apabila saya sudah ada modal hasil jualan daun kering. saya mula mengambil barang-barang lain dari China untuk dijual di eBay,” katanya.
Dr Zul berkata, masuk tahun ketiga perniagaannya, dia berjaya mengembangkan bisnesnya kepada produk-produk yang lebih menguntungkan dari China dan Indonesia, walaupun ketika itu masih melanjutkan dalam bidang Doktor Falsafah di UTM.
“Ketika itu, ramai yang hairan dan bertanya, kenapa saya banyak menghabiskan waktu di dalam bilik kolej sahaja dan tidak bergaul dengan rakan-rakan pengajian yang lain.
“Sehinggalah apabila saya mampu untuk berkahwin ketika bergelar pelajar dan membuka restoran nasi beriani sebagai bisnes tambahan, ada yang tanya saya buat apa dengan sangat pelik,” katanya yang berjaya memperoleh RM1 juta pertama pada usia 29 tahun.
Bimbing 100 penuntut universiti termasuk daripada keluarga yang susah bagi mempelajari bisnes eBay secara percuma
Bertitik tolak dari itu, beliau akhirnya dipanggil banyak universiti-universiti awam bagi berkongsi ilmu bisnes berkenaan kepada mahasiswa-mahasiswi.
“Saya mula buat kelas bimbingan menjadi usahawan eBay secara fizikal dan setiap kali kelas itu sekitar 30 sehingga 40 orang saya akan bantu.
“Yuran setiap penuntut pada waktu itu adalah ditanggung oleh kerajaan dan saya akan mengajar mereka langkah demi langkah iaitu membuka akaun eBay, mencari produk, logistik, membuat iklan dan membuka gudang simpanan di USA,’’ katanya.
Pengarah Urusan Export Oversea Academy itu berkata, ia bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan tempatan yang menembusi pasaran global.
’’Saya juga bakal melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membimbing 100 penuntut universiti termasuk daripada keluarga yang susah bagi mempelajari bisnes eBay secara percuma yang diadakan secara maya pada 13 dan 14 November ini.
’’Selain itu, Export Oversea Academy juga melaksanakan CSR dengan memberikan e-book secara percuma bagi panduan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan bisnes eBay,’’ ujarnya.
Image via Mohd Zulariffin Md Maarof (Facebook)
Katanya lagi, dia bersyukur kerana bertemu jodoh dengan isterinya ketika sama-sama melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor falsafah Matematik dan kini sama-sama mengemudi akademi itu yang juga anak syarikat ‘spin off’ UTHM.
"Akademi berkenaan ditubuhkan dengan tujuan antara lain mendidik lebih ramai graduan supaya menjadikan bidang usahawan sebagai karier utama selepas tamat pengajian.
"Isteri saya sentiasa memberikan sokongan tidak kira waktu susah atau senang dan kehidupan kami kini lebih tenang bersama dua anak kecil perempuan berusia 5 dan 2 tahun. Duduk Malaysia tak mengapa tetapi biar dapat gaji USD,’’ kongsinya.
Sebagai rekod, Dr Zul dan isterinya kini sudah membimbing seramai 15,985 usahawan eBay di seluruh negara melalui akademi berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment