seismik

Grab Beri Penjelasan Isu Tular Posting Peribadi IG Story Milik Isteri Kepada Pengasasnya

Grab menafikan pihaknya menyokong keganasan, ikrar kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan.

Cover image via New Straits Times & Grab

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Grab Malaysia hari ini menyatakan bahawa pihaknya kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan dan menyokong usaha ke arah keamanan serta pelaksanaan gencatan senjata di Gaza, Palestin

Menurut syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing itu, sebagai ahli Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC), ia tidak menyokong sebarang bentuk keganasan yang berlaku di wilayah bergolak tersebut.

“Sebagai ahli, kami mendukung prinsip asas UNGC yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Grab menyangkal sebarang dakwaan warganet bahawa jenama itu menyokong mana-mana pihak selepas Chloe Tong, isteri kepada pengasas bersama Grab memuat naik mesej simpati terhadap warga Israel.

Disebabkan tangkap layar berkenaan, warganet di Malaysia telah mendakwa bahawa Grab menyokong Israel dan dikatakan bertindak mahu memboikot syarikat itu.

Tangkap layar Chloe Tong, isteri kepada pengasas bersama Grab yang dikatakan memuat naik mesej simpati terhadap warga Israel.

Image via X

Grab menafikan pihaknya menyokong keganasan, ikrar kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan

Image via Grab (Facebook)
Image via Grab (Facebook)

Sehubungan itu, pihak Grab memaklumkan, individu berkenaan telah menjelaskan bahawa ia adalah pandangan yang disuarakan menerusi platform peribadi dan diambil di luar konteks sebenar.

Tambahnya, merujuk kepada penjelasan wanita tersebut, paparan di Instagram Story itu dibuat sebelum beliau memahami kejadian yang berlaku antara Israel-Palestin.

“Tangkap layar Instagram Story saya yang disiarkan beberapa minggu lalu muncul semula secara tiba-tiba, ia dipetik diluar konteks dan dikongsi untuk mengapi-apikan kebencian.

“Saya harap agar gencatan senjata dilaksanakan dan keadaan kembali aman. Saya sedih dan rasa tidak berdaya mengenangkan mereka yang tidak berdosa kehilangan nyawa,” ujar syarikat berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: