seismik

Me'nate Steak Hub Lancar Kempen 'Makan Sambil Menderma' Untuk Bantu Palestin

Kempen ini akan bermula 6 hingga 20 November depan di semua cawangan Me'nate Steak Hub.

Cover image via Me'nate Steak Hub (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rasa terpanggil dan bertanggungjawab dengan penderitaan penduduk Palestin, restoran Me’nate Steak Hub tampil melancarkan ‘Dine And Donate For Palestine’ di semua cawangannya

Menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian Media Prima, menurut Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali yang juga pemilik Me’nate Steak Hub, pihaknya mensasarkan kutipan sebanyak RM300,000.

"Kempen yang berlangsung selama 15 hari ini dilihat sebagai tanda solidariti kami dalam membantu penduduk di Semenanjung Gaza yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel.

"Kami menamakan kempen in sebagai ‘Dine And Donate For Palestine’ atau dalam erti kata lain makan sambil beramal. Ia akan bermula pada 6 hingga 20 November ini.

“Kempen ini akan melibatkan semua pelanggan di restoran kami, di mana Me’nate akan menyumbangkan 10 peratus hasil jualan kepada Palestin,” katanya.

Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali

Image via Utusan Malaysia

Tidak menolak akan meneruskan kempen seumpamanya pada masa hadapan

Tambah Syed Ashraf lagi, menjadi harapannya agar inisiatif seperti ini akan turut disertai oleh premis- premis makanan lain.

“Jika kempen ini mendapat sambutan kami tidak teragak- agak untuk meneruskanya pada masa hadapan.

“Harapanya bukan kami sahaja, tetapi sahabat- sahabat yang berada dalam industri ini juga turut serta dalam membantu saudara kita yang kini sedang bergelut memerlukan bantuan,” katanya.

Muaz Omar ketika berucap mewakili Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM)

Image via SAYS Seismik

Terharu dengan keprihatinan masyarakat di negara ini, Muaz Omar yang mewakili Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM) turut mengucapkan terima kasih atas usaha dan prihatin masyarakat yang membantu penduduk Palestin.

“Kami berterima kasih ke atas bantuan yang tidak putus- putus diberikan. Kepayahan yang sedang dilalui rakyat kami menjadi sebab untuk kita lebih dekat dan erat.

“Cukup menakutkan apabila membayangkan keadaan yang terpaksa dihadapi saudara kita di sana terutamanya orang awam dan kanak-kanak. 

"Malah ketika ini bukan sahaja bantuan makanan dan perubatan yang diperlukan tetapi kedatangan musim sejuk juga akan menjadi satu lagi cabaran besar buat mereka di sana,” kongsinya.

Anda juga boleh hulurkan sumbangan dalam membantu mangsa yang terkesan akibat konflik di Palestin menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

Sumbangan anda boleh disalurkan terus kepada di akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331.

Sumbangan dalam bentuk cek boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 5, Anjung Riong, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: