seismik

GIVI Malaysia Perkenalkan Helmet Terbaharu 'M33.0 ARIA' Dengan Ciri Keselamatan ECE R22.06

Harga yang ditawarkan bermula dari RM195 hingga RM245 untuk pasaran tempatan.

Cover image via GIVI Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

GIVI Malaysia baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan helmet terbaru mereka iaitu GIVI M33.0 ARIA untuk pasaran tempatan

Menurut GIVI Malaysia, M33.0 ARIA merupakan helmet untuk kegunaan harian terbaru yang ditawarkan untuk penunggang motosikal di Malaysia.

Hal ini kerana helmet berkenaan cukup ringan dengan hanya berat 1,220g sekaligus ianya sesuai untuk diguna pakai setiap hari.

Selain itu, M33.0 ARIA ini juga mencapai standard keselamatan terkini iaitu ECE R22.06 dalam memastikan tahap keselamatan penunggang motosikal lebih selamat di jalan raya.

Sebagai rekod, ECE bermaksud Suruhanjaya Ekonomik untuk Eropah (Economic Commission for Europe). Ia ditubuhkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations atau UN) pada 1958 untuk menggalakkan kerjasama ekonomik dan integrasi di kalangan negara benua Eropah.

ECE ini kemudiannya merumuskan piawaian di segi rekabentuk, ciri-ciri, keselamatan, dll bagi setiap produk yang dijual di benua tersebut. Ini termasuklah barangan elektrik dan elektronik, mesin pembuatan, peralatan perlindungan peribadi, dan sebagainya.

ECE Regulation No. 22 (ECE R22) pula dilancarkan pada 1972 sebagai piawaian untuk ujian serta pembuatan helmet penunggang motosikal. 

Inner dalaman atau padding topi keledar yang senang untuk dikeluarkan dan dicuci

Bahagian padding dalam juga boleh ditanggalkan dan dibasuh agar lebih tahan lama dan selesa untuk dipakai. Tidak dilupakan, M33.0 ARIA ini juga mengguna pakai bahan anti-alergi sekaligus sesuai bagi semua jenis kulit.

Berikut antara ciri lain bagi M33.0 ARIA yang anda kena tahu:
- Diperbuat daripada bahan ‘technopolymer’ bagi menghasilkan cangkerang yang lebih tebal
- Mempunyai tiga corong udara di atas helmet
- Single visor jet helmet anti-calar
- Pengikat mikrometrik dagu untuk cengkaman yang kemas dan selesa
- Piawaian homoglasi keselamatan terbaru ECER22.06

GIVI M33.0 ARIA hadir dengan enam warna pilihan; Graphic Rush Blue Turquoise, Graphic Rush Red Blue, Graphic Union Black Blue, Graphic Union Grey Yellow, Dark Blue, dan Dark Grey.

Tersedia dalam saiz S hingga XL, untuk harga pasaran di Malaysia terutamanya di Semenanjung helmet dengan grafik ini bermula RM220.00 dan helmet tanpa grafik (plain) pula serendah RM195.00.

Manakala, bagi Sabah dan Sarawak, harga yang ditawarkan helmet dengan grafik bermula RM245.00 dan helmet tanpa grafik (plain) RM215.00.

Haaa, tunggu apa lagi? Kunjungi pengedar sah GIVI berdekatan anda untuk maklumat lanjut!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: