#Blockout2024: Ini Yang Anda Perlu Tahu Kenapa Gerakan 'Boikot' Artis & Influencer Terjadi
Difahamkan, #Blockout2024 dilancarkan selepas berakhirnya acara pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala pada 6 Mei lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, mengenai apa terjadi kepada bandar Rafah yang terletak di Selatan Gaza diserang tentera Zionis Israel sehingga kini yang menyebabkan jumlah kematian penduduk Palestin tidak berdosa terus meningkat
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah gerakan untuk menghentikan sokongan terhadap hampir 100 selebriti A-List di seluruh dunia, iaitu 'Blockout 2024 Movement' atau lebih dikenali sebagai #Blockout2024.
Difahamkan, gerakan #Blockout2024 ini dilancarkan selepas berakhirnya acara pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala pada 6 Mei lalu.
Menurut sumber, gerakan ini menyasarkan golongan selebriti yang terus memilih untuk berdiam, selain tidak menggunakan pengaruh mereka untuk menghentikan keganasan dilakukan Israel ke atas Palestin.
Image via @marhabawatermelon (Instagram)
Antara selebriti berada dalam senarai #Blockout2024 termasuklah Kim Kardashian, Taylor Swift, Beyonce, Kylie Jenner, Zendaya, Miley Cyrus, Selena Gomez, Khloe Kardashian, Ariana Grande, Doja Cat, Demi Lovato, Lizzo, Nicki Minaj, Travis Scott, Kanye West, Katy Perry, Zac Efron, Joe Jonas, Nick Jonas, Kevin Jonas, Justin Timberlake dan ramai lagi.
Gerakan #Blackout2024 ini juga bukan sekadar 'unfollow' selebriti di platform media sosial, malah mereka juga bertindak block akaun selebriti berkenaan. Tindakan block yang dibuat itu supaya semua duit hasil tontonan pengiklanan tidak dapat disalurkan kepada selebriti atau influencer terlibat.
Sesetengah selebriti A-List yang dikatakan pro-Israel telah kehilangan sejumlah pengikut di media sosial susulan gerakan #Blackout2024 ini dilancarkan. Ada juga yang telah kehilangan berjuta-juta pengikut seperti Kim Kardashian kehilangan lebih 3 juta pengikut di media sosialnya.
Isu Palestin dan acara Met Gala jadi trending di media sosial
Image via Hollywood Reporter
Sikap segelintir selebriti A-List yang hadir di Met Gala lebih sibuk dan seronok memaparkan kemewahan serta kehidupan dunia glamor mereka, cukup tidak disenangi, apatah pada saat krisis di Gaza masih memuncak.
Difahamkan ketika berlangsungnya acara pertunjukan fesyen itu, Israel telah menyerang bandar Rafah yang terletak di Selatan Gaza dan dilaporkan ramai yang terkorban.
Lebih menyedihkan, tiada seorang selebriti yang menghadiri acara Met Gala itu yang menunjukkan sikap prihatin atau memberikan tanda solidariti terhadap isu Palestin.
Jika dibandingkan sewaktu acara Oscars 2024 berlangsung, beberapa selebriti seperti Mark Ruffalo dan Bilie Eilish telah mengenakan pin merah sebagai menyokong gerakan #Artists4Ceasefire, selain berjuang agar Israel menghentikan serangan ke atas Palestin.
Netizen di Malaysia turut menyahut seruan #Blackout2024 dengan membuat senarai selebriti dan influencer tanah air yang patut di'boikot'
Orang ramai di media sosial serata platform termasuk Facebook, X, Instagram dan TikTok berkongsi senarai selebriti Malaysia untuk diboikot dengan tanda pagar #Blockout2024 termasuk nama-nama pelakon popular.
Pengguna Facebook, Liena Bunkerz, menyenaraikan 30 selebriti berkenaan meskipun ada dalam kalangan mereka itu adalah figura yang diminatinya.
Image via Liena Bunkerz (Facebook)
“Walaupun ada yang ku minat gila-gila tapi terpaksalah ‘block’ juga. Aku tak boleh kompromi dengan manusia yang tak ada ‘common sense’ terhadap saudara kita di Gaza,” katanya.
Sebagai rekod, gerakan #Blockout2024 didapati mula dilakukan di negara ini sejak beberapa hari lalu apabila ada antara pengguna media sosial menyekat dan memboikot artis serta pempengaruh yang langsung tidak membuka mulut mengenai isu Palestin dan menjadi duta produk Isreal.
Tonton video di bawah untuk anda lebih mudah fahami tentang gerakan #Blackout2024 ini:
Apa pendapat korang mengenai isu ini, patutkah rakyat Malaysia ikut sama 'boikot' selebriti dan influencer tanah air?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment