seismik

"Kami Bersama Anda Mickey, Kekal & Selamanya" - Selangor FC

Semoga Faisal Halim cepat sembuh.

Cover image via @selangorfc (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, mengenai Faisal Halim menjadi mangsa individu tidak dikenali yang menyimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota baru-baru ini

Menerusi posting terbaru oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) semalam, FAS ada memuat naik video khas 'solidariti' buat Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey di media sosial tanda sokongan kepada pemain kebangsaan itu.

"Beliau hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Mempamerkan magis dengan bola di kakinya. Seorang wira negara di mata dan di hati umum.

"Jiwa yang paling baik. Semangat dan kasih sayang terhadap rakan sepasukannya; tidak pernah menimbulkan pertikaian.

"Beliau sentiasa membawa kegembiraan dalam hidup kita dan senyuman di wajah kita. Kini tiba masanya untuk kita berdiri bersamanya.

"Kami bersama anda, Mickey. Kekal dan selamanya. #StandWithFaisalHalim #StopTheViolence," tulis kapsyen di posting itu.

Faisal Halim kini semakin stabil selepas jalani pembedahan kedua

Dalam perkembangan terkini menerusi laporan Berita Harian, Mickey kini semakin stabil selepas menjalani pembedahan kedua di hospital swasta di Shah Alam, petang semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Jelas Shahril, Mickey menjalani pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid baru-baru ini.

"Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini," kata Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC terpaksa mengharungi beberapa siri pembedahan bagi merawat lecur tahap empat.

Doktor mengesahkan Faisal cedera di bahagian muka, leher, lengan dan badan kesan daripada asid berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: