seismik

DarSA Fried Chicken Tampil Mohon Maaf Isu Komen 'Type C' Di Media Sosial

Pihak DFC menyifatkan ia kesilapan yang tidak disengajakan.

Cover image via Cikgu Izzat Johari via Darsa Fried Chicken (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Restoran makanan segera tempatan, DarSA Fried Chicken (DFC) di Rawang tampil memohon maaf berhubung komen 'type C' di media sosial baru-baru ini

Hal itu menyebabkan ada netizen mendakwa pihak restoran berkenaan cuba untuk bermain isu perkauman.

Untuk rekod,'type C' seringkali digunakan oleh segelintir pihak merujuk kepada kaum Cina. Pihak DFC mengakui kesilapan mereka dalam membalas komen netizen di media sosial.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik mereka petang semalam, pihak restoran terbabit memohon maaf dan menyifatkan ia sebagai kesilapan yang tidak disengajakan.


"Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan sedikit sebanyak mengganggu fokus admin kami,” jelasnya.

Pihak restoran itu berkata mereka telah memutuskan untuk tidak menjawab sebarang isu selepas ini bagi mengelakkan kesilapan sama berulang.

"Kami mengalu-alukan semua pelanggan kami di pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama.

"Semoga Malaysia yang kita kasihi ini aman dan damai. Pihak pengurusan DarSA Fried Chicken sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi restoran pertama kami yang baru buka pada 29 April lalu," tulis kenyataan itu.

Terdahulu, DFC menerima kecaman netizen ekoran respons yang diberikan kepada mereka yang menyatakan harga makanan jualannya mahal

Susulan itu, pihak DFC telah mengingatkan seorang pelanggannya agar tidak ditipu oleh sentimen buruk yang dimainkan oleh 'type C', yang pengguna media sosial percaya merujuk kepada orang Cina di Malaysia.

“Tuan tengok list harga ala carte semata mata atau keseluruhan? Kena tengok keseluruhan baru tahu mahal ke berpatatutan.

“Type C tengah cuba main bermacam sentimen buruk terhadap DarSA Fried Chicken. Kita jangan mudah terpedaya selagi tak datang cuba sendiri.”

Bagaimanapun, komen tersebut menerima banyak kritikan dan kecaman daripada netizen yang menganggap admin media sosial DFC sebagai tidak profesional serta mengeluarkan komen berbaur rasis.

Salah seorang netizen turut mengingatkan DFC bahawa, dalam dunia perniagaan, tidak seharusnya bersikap rasis kerana peniaga seharusnya mengalu-alukan kedatangan pelbagai bangsa dan agama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: