Bosan Tunggu Isteri Ambil Gambar, Si Ayah Buat Hal Main 'Tembak-Tembak' Guna Anak
Bila ayah jaga anak.
Kalau diikutkan, cara ibu dan ayah jaga anak memang ada perbezaan dan keistimewaan masing-masing
Kalau duduk dengan ibu, anak akan menjadi lebih pasif dan mendengar kata. Tetapi, cuba kalau ayah yang jaga. Memang huru-hara dibuatnya. Ada saja aktiviti mereka dengan si kecil.
Seperti sebuah video yang tular ini apabila gelagat dua orang lelaki bermain 'tembak-tembak' kerana bosan menunggu si isteri mengambil gambar lama sangat.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bosan tunggu isteri ambil gambar tak habis-habis, tak pasal-pasal anak kena jadi 'pistol'
Menerusi perkongsian video daripada @marrrr_99, kelihatan dua orang lelaki itu sedang bermain tembak-tembak di sebalik kereta Toyota Alphard berwarna hitam.
Apa yang mencuit hati adalah apabila mereka menjadikan anak-anak sebagai 'pistol' untuk berperang. Si anak pula kelihatan pasrah melihat gelagat ayah mereka.
Rupa-rupanya, mereka sedang menunggu isteri masing-masing yang sakan bergambar di kedai makan itu.
Image via @marrrr_99 (TikTok)
"Bila bagi bapak jaga anak inilah jadinya, redha jelah ya anak-anak sekalian" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 250.6K views, 38.9K likes dan 896 shares di laman Tiktok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka. Malah, ramai yang dapat relate dengan situasi apabila si ayah menjaga anak.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @marrrr_99 (TikTok)
Image via @marrrr_99 (TikTok)
Image via @marrrr_99 (TikTok)
Image via @marrrr_99 (TikTok)
Lepas ni mesti isteri diaorang ambil gambar cepat-cepat sebab tak sanggup tengok anak jadi mangsa :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment