Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Bro, Don't Lah Like That” - Pak Cik Shell Tegur Warga Singapura Curi Elektrik Stesen EV

Hmm... tak baik dia buat macam tu

Cover image via @pakcikshell (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak sempadan negara dibuka pada 1 April yang lalu, warga Singapura sudah banyak memasuki Malaysia

Ia sememangnya merupakan satu perkara yang baik kerana kehadiran mereka mampu meningkatkan ekonomi serta memajukan sektor pelancongan negara.

Namun, terdapat beberapa insiden yang kurang memuaskan hati telah berlaku disebabkan warga Singapura sepanjang sempadan negara dibuka.

Baru-baru ini, tular satu insiden melibatkan pemandu Singapura yang menyalahgunakan fasiliti pengecas EV di Shell telah mendapat perhatian ramai.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Tidak mahu bayar lalu mencari jalan mudah, pemandu Singapura ‘curi’ elektrik di stesen EV

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shairan Huzani atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Shell iaitu Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd di Instagram, kelihatan seorang pemandu Singapura telah meletakkan van jenis EV miliknya di antara kedua-dua parkir pengecas pantas tersebut dan mengecas kenderaannya.

Walaupun kemudahan pengecas DC adalah percuma, perkhidmatan Shell Recharge itu perlu dibayar terlebih dahulu untuk memarkir kereta di tempat yang telah disediakan.

Apa yang membuatkan ramai tidak puas hati dan mengecam tindakan lelaki tersebut adalah kerana dia telah ‘mencuri’ elektrik di fasiliti yang disediakan oleh Shell. Tindakan tersebut dikira mencuri kerana dia tidak membayar apa-apa untuk menggunakan perkhidmatan berbayar itu. Malah, dia mencari jalan mudah untuk menggunakan pengecas pantas tersebut secara haram.

Di ruangan kapsyen, Shairan Huzani jelas menunjukkan kekecewaannya terhadap sikap pemandu Singapura itu dan mengatakan bahawa tindakan tersebut boleh memberi impak negatif terhadap masa depan prasarana pengecasan EV di Malaysia.

Image via @pakcikshell (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment