x

seismik

[VIDEO] Monyet Ceroboh Bilik, Perempuan Ini Tenang Beri Kurma Buat Ramai Terhibur

Relaks je dia borak dengan monyet tu!

Cover image via @njwo00 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sering kali kita nampak monyet cuba masuk atau menceroboh bilik pelajar-pelajar di kolej

Kebanyakan mereka terkejut dan takut dengan kehadiran haiwan liar tersebut. Ada yang mencuri makanan, ada juga yang saja datang mengganggu.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok, berkenaan seorang pelajar perempuan yang tenang bersembang dengan seekor monyet. Malah, dia turut memberi kurma kepada haiwan itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak takut berdepan dengan monyet, sempat pula beri kurma

Menerusi video yang dimuat naik oleh @njwo00 di TikTok, kelihatan seorang pelajar perempuan yang menetap di sebuah kolej kediaman sedang berborak dengan seekor monyet yang menceroboh biliknya.

Apa yang mencuit hati netizen adalah apabila dia sempat memberi kurma kepada haiwan itu.

Di akhir video, dia sempat mengatakan bahawa dia tidak gemar makan kurma, tetapi ibunya memberikan kurma tersebut kepadanya.

“Sejuk hati mama tengok awak kongsi kurma dengan dia” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 867.1K tontonan, 85.8K tanda suka dan 1.8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pelajar perempuan itu. Malah, ramai juga terpegun dengan ketenangan pelajar itu berhadapan dengan monyet.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak salah nak berkongsi, lebih-lebih lagi pada bulan puasa ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: