seismik

[VIDEO] Kereta ‘Lowered’ Sangat, Cara Lelaki Ini Lepasi Bonggol Undang Tawa

Orang cakap lain, dia buat lain.

Cover image via @ar.isss (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kereta merupakan sejenis kenderaan yang paling banyak digunakan oleh manusia dan terdapat pelbagai jenis kereta boleh didapati di pasaran

Setiap kereta juga mempunyai rupa bentuk yang berbeza. Tambahan pula, ramai yang gemar modify rupa bentuk kereta mengikut cita rasa masing-masing terutama golongan lelaki.

Kebanyakan kereta sering diubah suai menjadi lebih rendah ataupun ‘lowered’ kerana ia boleh membuatkan kereta nampak lebih sporty.

Tular satu video di TikTok baru-baru ini, menunjukkan aksi seorang pemandu kereta ‘lowered’ melepasi bonggol di jalan raya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Orang suruh sengetkan sedikit kereta, sekali dia buat u-turn pula

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ar.isss di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang memandu kereta yang dikatakan ‘lowered’ ingin melepasi satu bonggol di jalanan.

Oleh kerana kereta itu rendah, dia perlu menyengetkan sedikit keretanya agar bahagian bawah kereta tidak menyentuh bonggol.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia membuat pusingan U padahal dia sepatutnya sengetkan kereta sedikit sahaja.

“Dengar cerita kereta masih terpusing-pusing dekat bonggol itu” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 818.1K views, 100K likes dan 1,069 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Eh, bukan macam tu cara dia! Risau kadang-kadang xD

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: