Rumah Terasa Panas & Bahang, Lelaki Ini Kongsikan Cara Sejukkan Rumah Guna Aluminium Foil
Tak ada penyaman udara pun tak apa.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Cuaca panas di Malaysia sememangnya mengundang kembimbangan kerana ia boleh memberi kesan berbahaya terhadap tubuh badan
Kadangkala cuaca panas yang melampau juga boleh membuatkan kita terasa bahang walaupun berada di dalam rumah.
Nak pasang penyaman udara, tetapi kosnya mungkin terlalu tinggi. Maka, lelaki ini kongsikan cara sejukkan rumah tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak.
Baca perkongsian penuh itu di bawah:
Dahulu suhu tinggi sehingga mencecah 54 darjah Celcius, kini hanya sekitar 30 darjah Celcius sahaja
Menerusi perkongsian Rentaka Hitam di Facebook, lelaki itu memasang aluminium foil yang boleh dibeli secara atas talian. Ia juga mudah dipasang hanya dengan menggunakan heavy duty stapler gun ataupun skru.
Dia turut membuat perbandingan sebelum dan selepas pemasangan aluminium foil di bahagian atap rumah. Kalau dulu bila buka kipas, masih terasa angin panas. Sekarang, angin kipas terasa nyaman dan selesa.
Jika anda ingin dapatkan Aluminium Foil ini untuk kurangkan bahang serta panas, anda boleh sahaja beli di Shopee dan Lazada.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!