seismik

[VIDEO] "Lupa Tengah Puasa" - Aksi Lelaki Ini Termakan Tembikai Buat Netizen Terhibur

Nasib baik kawan dia ingatkan.

Cover image via @..kang.gabut (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bulan Ramadan adalah bulan untuk orang beragama Islam berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Muslim di seluruh dunia perlu menahan lapar dan dahaga, memperbanyakkan ibadah serta tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Namun, lain pula yang berlaku dalam video ini apabila seorang lelaki secara tidak sengaja memakan tembikai yang dipotongnya kerana terlupa dia sedang berpuasa telah mendapat perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lupa tengah puasa, lelaki ini selamba makan tembikai

Menerusi video yang dikongsikan oleh @..kang.gabut di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang memotong buah tembikai di dapur. Kemudian, dia memasukkan potongan tembikai itu ke dalam mulut lalu memakannya.

Namun, apa yang menghiburkan hati netizen adalah apabila seorang rakannya datang dan ingin memakan tembikai itu juga, tetapi terhenti setelah teringat mereka sedang berpuasa.

Reaksi lelaki tersebut yang termakan dua potong tembikai undang tawa netizen apabila dia cepat-cepat membuang lebihan tembikai yang ada di dalam mulutnya ke dalam sinki.

“Kalau member datang lambat sikit, mahu kenyang dia makan tembikai itu” - Netizen

Ekoran tular video itu yang kini meraih hampir 5.1M tontonan, 803K tanda suka dan 6,681 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu dan rakannya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apalah kalau dia terlupa, jangan buat-buat lupa pula :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: