seismik

Nak Cat Rumah Untuk Hari Raya Nanti? Ketahui 5 Tips Mengecat Rumah Dengan Betul

Barulah cantik bila ambil gambar!

Cover image via Ikea & Real Simple

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Raya tahun ini mesti kebanyakan kita mahu menyambutnya dengan meriah!

Dah dua tahun kita tidak dapat balik kampung untuk sambut Hari Raya Aidilfitri dan akhirnya tahun ini dapat juga kita raikan Hari Raya dengan keluarga tercinta. Mesti ramai yang excited dan rindu suasana nak pakai baju raya, buat kuih raya, main bunga api dan ambil gambar OOTD raya.  

Kalau nak bergambar selfie dan OOTD mesti kena ada port cantik kan? Baru lah meletop gambar raya anda nanti. Raya pun dah tak lama sahaja lagi, masih sempat nak cantikkan sudut bergambar anda. Jom ikuti tips-tips mengecat rumah dengan betul daripada Nippon Paint ini.

1. Pilih warna pilihan kesukaan anda

Image via Nippon Paint

Untuk menghidupkan suasana Raya yang harmoni, anda boleh pilih warna-warna ceria daripada produk rangkaian Anti-Viral dan Anti-Bacterial Nippon Paint yang rendah VOC. Ia juga berfungsi untuk melindungi keluarga anda dan tetamu daripada virus Covid-19.

2. Tutup segala lubang dan retak pada dinding dengan filler

Bagi memastikan permukaan lapisan cat baru anda licin dan konsisten, anda perlu menutup lubang dan retak pada permukaan dinding dengan menggunakan filler dan pisau filler atau pengikis. Lubang yang lebih dalam perlu diisi lebih daripada sekali.

3. Bersihkan permukaan dinding

Sebelum mengecat, pastikan permukaan dinding yang berhabuk dan kotor dibersihkan dengan kain basah dan sabun. Ulangi proses ini dengan air bersih. Permukaan dinding yang kotor akan menyebabkan cat mudah mengelupas.

4. Gunakan primer untuk dinding yang gelap

Image via The Spruce

Sekiranya anda ingin mengecat warna yang cerah pada permukaan dinding yang gelap, gunakan primer iaitu lapisan cat ringan yang membantu mengekalkan warna dengan baik. Menutup dinding berwarna gelap mungkin memerlukan beberapa lapisan cat. Oleh itu, untuk menjimatkan kos, anda boleh menggunakan primer. Jika masih ada warna dinding asal selepas lapisan primer telah kering, tambahkan lagi lapisan primer.

5. Biarkan kering

Image via Home Designing

Untuk mendapatkan kemasan yang sempurna, sapukan dua lapisan cat baharu. Sebelum itu, pastikan lapisan pertama kering dahulu sebelum membuat penambahan lapisan kedua. Masa pengeringan yang tidak cukup akan menghasilkan warna yang tidak kemas dan tidak dapat menutup dinding yang berwarna lebih gelap. Anda juga boleh rujuk arahan masa pengeringan pada tin cat. Sebaik-baiknya anda harus menunggu sekitar dua jam untuk mengenakan lapisan seterusnya.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengecat rumah dengan betul :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: