seismik

“Boleh Diharap” - Cara Budak Lelaki Ini Enjut Buaian Adiknya Curi Perhatian Netizen

Dari manalah dia belajar cara ini.

Cover image via @nuradianaaziz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Waktu anak masih kecil, ibu bapa digalakkan untuk melatih anak mereka membuat kerja

Ia mampu menanam sifat bertanggungjawab serta meningkatkan keyakinan diri anak-anak. Antara contoh kerja yang boleh dipraktikkan adalah mengemas permainan selepas bermain, menjaga adik dan banyak lagi.

Baru-baru ini tular satu video memaparkan aksi seorang budak lelaki mengenjut buaian adiknya dengan gayanya yang tersendiri telah mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak kecil yang boleh diharap, sedia membantu menjaga adik

Menerusi video yang dikongsikan oleh @nuradianaaziz di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki sedang mengenjut buaian adiknya dengan menggunakan kaki.

Apa yang menghiburkan hati netizen adalah apabila budak lelaki itu mengenjut buaian adiknya menggunakan kakinya sambil bermain telefon pintar. Dia seolah-olah sudah biasa melakukan perkara itu.

Di ruangan kapsyen, pemilik video yang merupakan ibu saudara kepada budak lelaki berusia tiga tahun lima bulan itu mengatakan bahawa budak lelaki itu sememangnya boleh diharap.

“Terbaik, dik! Antara skil kehidupan yang tak ada dalam buku sekolah” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gaya budak lelaki itu mengenjut buaian tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 839.3K views, 84.8K likes dan 1,649 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alahai, comel betul adik ni. Bila kena jaga adik tapi nak main phone juga, macam ni lah jadinya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: