“Salam Raya” - Gelagat Lelaki Ini Bersalaman Dengan Sarung Tangan Mencuit Hati Netizen
Sampai esok pun tak habis kalau macam ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bersalam-salaman di pagi hari Raya Aidilfitri merupakan tradisi yang sering diamalkan dan dinantikan.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Begitulah juga dengan tradisi salam Raya yang melengkapkan hari istimewa tersebut.
Namun, lain pula terjadi dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki bersalam-salaman dengan sarung tangan telah mencuri perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lelaki ini mengikut tradisi, tetapi terlalu banyak tangan pula yang perlu disalam
Menerusi video yang dimuat naik oleh @abang_hesmes_ di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang bersalam-salaman dengan sarung tangan yang bergerak di mesin.
Apa yang lebih mencuit hati adalah apabila terdapat pelbagai gaya salaman yang dilakukan oleh lelaki tersebut.
“Salam, salam juga. Duit raya jangan lupa bagi” - Netizen
Ekoran tularnya video itu yang kini meraih sehingga 766.6K tontonan, 69.9K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!