seismik

[VIDEO] “Jadi Backup Dancer” - Aksi Kucing Rancak Menari Ini Undang Dekah Netizen

Bukan main lagi dia ya.

Cover image via @ichimaru88 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat disukai ramai oleh kerana sifatnya yang jinak dan manja

Namun, kucing juga ada sifatnya yang tersendiri. Ada yang degil, ada juga yang penakut. Walau bagaimanapun, gelagat kucing selalu menjadi sumber tawa manusia.

Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini, berkenaan seekor kucing yang rancak menari sewaktu tuannya sedang menyanyi telah mendapat perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Khusyuk sangat menari sampai langsung tak peduli orang sekeliling

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ichimaru88 di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang menyanyi merakam reaksi kucingnya menari.

Apa yang menghiburkan hati netizen adalah gaya tarian yang dilakukan oleh kucing tersebut yang sangat menjiwai watak.

“Memang perform. Mesti dapat wet food lepas dancing tu” - Netizen

Ekoran tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.2M tontonan, 208.3K tanda suka dan 3.7K komen di TikTok, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Manghayati betul! Dari manalah dia belajar tarian tu :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: