Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Buat Konten Reaksi Anak Tinggal Ibu Di Rumah Orang Tua, Ramai Pula Sebak Lihat Video Ini

Sedih weh.

Cover image via @lindarosli79 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita semua tahu, hari ibu baru saja berlalu pada 14 Mei lepas

Bersempena hari ini, ramai yang memberikan macam-macam hadiah buat ibu mereka. Ibu adalah insan yang paling penting dalam hidup kita, merekalah yang mengandungkan dan melahirkan kita ke dunia. Jadi, jasa mereka memang tidak terbalas dengan wang ringgit.

Baru-baru ini, sebuah video konten di TikTok mengenai hari ibu apabila seorang wanita berlakon ditinggalkan anaknya telah mengundang sebak ramai.

Lihat video itu di bawah:

Suruh orang bacakan surat yang ditulis oleh anak

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan telah membuat konten tentang reaksi orang ramai mengenai surat yang dipegangnya.

Difahamkan, dia akan meminta orang awam untuk membacakan surat yang ditulis anaknya. Dalam surat itu ditulis, anaknya meminta agar sesiapa saja yang membaca surat itu untuk menghantar ibunya ke pusat jagaan warga emas.

Mereka berjaya menarik seorang individu yang lalu di kawasan itu dan ingin melihat reaksinya. Apa yang lebih sebak, individu itu pada awalnya dilihat tidak mahu membaca surat tersebut kerana sedih. Namun, apabila ditanya dia kemudian membacakan kepada wanita berkenaan.

Di akhir video, wanita berkenaan memberitahu ia hanyalah eksperimen sosial untuk melihat reaksi orang ramai.

Image via @lindarosli79 (TikTok)

"Bagus dia jaga privacy bawa mak cik ke tepi takut orang lain dengar" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 113.1K likes dan 1,174 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @lindarosli79 (TikTok)

Image via @lindarosli79 (TikTok)

Image via @lindarosli79 (TikTok)

Image via @lindarosli79 (TikTok)

Image via @lindarosli79 (TikTok)

Dengan admin sekali sedih tengok weh :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment