Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Suami Makin Sayang" - Buluh Perindu Haram & Syirik, Tapi Ramai Yang Masih Nak Beli

Semoga dijauhkan.

Cover image via @perkasastore (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kini, ramai yang dilihat menjual barangan secara dalam talian di kebanyakan platform

Ada yang rajin membuat live di TikTok atau Instagram untuk mempromosikan produk masing-masing. Perkara tersebut membolehkan pelanggan untuk melihat produk dengan lebih dekat dan teliti. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang menjual 'buluh perindu' untuk tarik perhatian orang telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka ramai yang pula yang nak beli sebab nampak berkesan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang peniaga memuat naik video produknya di akaun TikTok.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia menjual buluh perindu yang kelihatan seperti benang bergerak.

Ramai yang membeli untuk membuatkan suami mereka lebih sayang kepada mereka. Selain itu, ramai juga membeli buluh perindu sebab ingin menaikkan perniagaan mereka. 

Image via @perkasastore (TikTok)

Namun, sebenarnya adalah haram menjual buluh perindu secara dalam talian atau tradisional sekiranya tujuannya adalah untuk perkara yang berunsurkan syirik seperti pelaris.

Buluh perindu boleh dijual untuk seruling atau perhiasan. Ia jatuh hukum harus. Buluh perindu atau nama saintifiknya Bambusa magica merupakan sejenis pokok buluh kecil yang akan mengeluarkan bunyi merdu apabila ditiup angin. 

Lihat video penjelasan Ustaz di bawah:

"Tadi saya bertegang urat dengan staf. Selalunya saya cepat naik angin, tapi tadi saya cool saja. Sejak pakai ni saya lebih tenang walau sibuk sekalipun" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.6M tontonan, 42K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut ingin membeli minyak buluh perindu itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @perkasastore (TikTok)

Image via @perkasastore (TikTok)

Image via @perkasastore (TikTok)

Semoga dijauhkan perkara-perkara yang syirik ni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment