i-Lindung KWSP: Ini Cara Untuk Anda Beli Perlindungan Insurans & Takaful Guna Akaun 2
Boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Berita baik buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini anda boleh memanfaatkan Akaun 2 masing-masing untuk membeli produk insurans dan takaful menerusi platform i-Lindung
Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, ia boleh dilakukan menerusi platform i-Lindung, dengan tawaran perlindungan berkuat kuasa serta merta.
Tahukah anda apakah syarat dan manfaat i-Lindung? Jom baca lebih lanjut!
Image via Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Apakah i-Lindung KWSP?
i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.
Image via Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Ciri-Ciri Utama:
1. Proses yang lancar, tidak perlu pemeriksaan kesihatan
2. Sebut harga serta-merta secara dalam talian sahaja
3. Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk ditawarkan sebelum membuat pilihan
4. Memaparkan maklumat yang terperinci secara keseluruhan
5. Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua
Syarat kelayakan dan jenis perlindungan yang ditawarkan
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Pengguna i-Akaun (Ahli)
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP
Image via Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan:
- Perlindungan Hayat
- Perlindungan Penyakit Kritikal
Image via Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tempoh Perlindungan i-Lindung KWSP
- Buat masa ini, perlindungan yang ditawarkan adalah selama 1 tahun.
- Perlindungan akan bermula pada hari polisi/sijil anda telah dikeluarkan oleh SIT.
- Polisi/sijil anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.
Harga Premium / Sumbangan
Premium / sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih.
Faktor-faktor yang akan menentukan harga adalah tertakluk kepada umur (umur pada hari jadi berikutnya/umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT), jantina, status perokok (jika ada) dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.
Tarikh Bayaran
Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polisi/sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.
Anda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.
Cara mohon i-Lindung KWSP menggunakan Akaun 2
1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
2. Klik pada tab i-Lindung
3. Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT
4. Lengkapkan maklumat di portal SIT
5. Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP
6. Penerimaan penyata maklumat dari SIT
Rujuk langkah-langkah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Aida Mazlan di media sosialnya di bawah:
Ada yang belum tahu sekarang anda boleh beli takaful dari KWSP melalui i-Lindung.
Cara nak beli:
1. Login i-Akaun
2. Klik tab i-Lindung
3. Pilih produk (Produk yang dicover adalah kematian, kecacatan kekal dan penyakit kritikal
Ada beberapa syarikat yang anda boleh pilih:
- FWD Takaful Bhd- Prudential Assurance Malaysia Bhd
- Prudential BSN Takaful Bhd
- Etiqa Life Insurance Bhd
- Etiqa Family Takaful Bhd
*Pastikan bagi Muslim, pilih produk takaful. Untuk produk agak straight foward. Berbeza jumlah pampasan sahaja. DW suggest pilih paling tinggi pampasan atau sesuai dengan budget anda.
Bayaran secara tahunan dari Akaun 2 KWSP anda.
Untuk critical illness:
- FWD tawarkan early Ci coverage maksima RM100K
- Prudential tawarkan 45 critical illness termasuk pampasan penyakit denggi RM500
- Etiqa tawarkan maksima RM50K penyakit kritikal
Harga mengikut umur, jantina, merokok atau tidak. Jenis takaful ini ialah jenis standalone, tiada investment atau simpanan.
Dah ada semua ini sekurang-kurangnya anda kena cover dah, jangan lupa declare sakit anda jika pernah sakit.
Bagi yang sihat cepat-cepatlah apply. Lepas ada semua ini tinggal anda ambil sendiri tambahan sahaja dan medikal kad.
Image via Aida Mazlan (Facebook)
Image via Aida Mazlan (Facebook)
Image via Aida Mazlan (Facebook)
Image via Aida Mazlan (Facebook)
Image via Aida Mazlan (Facebook)
Image via Aida Mazlan (Facebook)
Image via Aida Mazlan (Facebook)
Image via Aida Mazlan (Facebook)
Image via Aida Mazlan (Facebook)
Image via Aida Mazlan (Facebook)
Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Perlindungan Ahli i-Lindung boleh didapati melalui saluran komunikasi rasmi KWSP menerusi laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua, cepat jangan lupa apply!
Image via Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment