"Cari Bini Dalam Bunjut Kain" - Permainan Suai Kenal Sebelum Perkahwinan Ini Curi Tumpuan
Game menarik untuk berkenalan dengan family!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Majlis perkahwinan sudah pasti merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh pasangan dan kedua buah keluarga
Iyalah, dapat menjalinkan hubungan yang sah itu satu perkara yang cukup membanggakan dan menggembirakan. Kebiasaannya, keluarga akan berkumpul sehari atau dua hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Sudah biasa kita lihat, macam-macam perkara menarik yang dilakukan pada malam sebelum majlis perkahwinan antaranya malam berinai dan permainan yang menarik dilakukan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki dilihat bermain game 'mencari bini dalam bunjut kain' itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kena teka dan cari isteri dalam bunjut kain yang ada di depan mata
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pengantin lelaki bermain sebuah game yang disediakan oleh keluarganya di Perak.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia perlu meneka dan mencari isterinya dalam banyak-banyak bunjut kain yang ada di depannya. Dia dengan tersenyum dan tidak yakin itu kelihatan sangat nervous.
Kemudian, dia dilihat membuka satu bunjut kain tetapi mendapati bahawa itu bukan isterinya. Lelaki itu dilihat tidak memutus asa sehingga akhirnya dia berjumpa dengan isterinya.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
"Ni kalau salah bini habislah, sampai bila-bila dia ungkit" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.4M tontonan, 148K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki itu. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @faizalangah46 (TikTok)
Image via @faizalangah46 (TikTok)
Image via @faizalangah46 (TikTok)
Image via @faizalangah46 (TikTok)
Image via @faizalangah46 (TikTok)
Wah first time tengok game ni, macam seronok! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment