Baru Kerja 3 Bulan, Guru Sanggup Berhabis Duit Bonus Cantikkan Kelas Demi Keselesaan Murid
Cantiknya kelas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjadi seorang guru sememangnya bukan mudah. Di samping perlu memastikan anak murid berjaya dalam pelajaran, guru juga harus memikirkan cara untuk menaikkan semangat mereka ke sekolah
Jika zaman dulu, kebanyakan guru memang garang dengan anak murid sehingga menyebabkan segelintir mereka lebih memilih untuk ponteng kelas kerana tidak gemar dengan cara cikgu tersebut.
Tetapi, berbeza dengan cara guru zaman sekarang mendidik dan menarik perhatian pelajar untuk ke sekolah dengan rasa gembira dan tidak terpaksa serta murid juga akan lebih rasa selesa apabila berada di dalam kelas.
Image via @DarwinKamal (X)
Guna duit bonus 3 bulan untuk hias bilik darjah
Baru-baru ini, tular di platform X apabila seorang guru ini yang baru sahaja bekerja menggunakan duit bonusnya untuk mencantikkan lagi bilik darjah.
Inisiatif yang dilakukan oleh seorang guru ini yang menghias bilik darjah demi keselesaan anak muridnya dan dalam masa yang sama untuk menambat hati mereka.
"Tema aku nak simple and selesa untuk aku dengan murid-murid.
"Ambik masa seminggu untuk siapkan kelas ini. Ia bukan hasil kerja saya sorang tanpa bantuan ibu bapa, kakitangan pembersihan dan guru-guru senior yang turut sama menyumbangkan idea serta pentandbir dan tak lupa juga PIBG," jelasnya.
Menurutnya juga dia tidak penat menjadi seorang guru kerana tugasnya sebagai seorang guru bukan hanya datang ke sekolah dan mengajar malah menyediakan tempat selesa serta suasana ceria serta bersih juga satu tanggunggjawab.
Bagaimanapun, ada juga mulut yang mengatakan bahawa guru muda tak kreatif dan guru tersebut telah buktikannya.
Lihat perkongsian penuh itu di bawah:
Kalau macam ni punya selesa boleh sampai tertidur dalam kelas :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment