Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Cikgu Menangis Dapat Bouquet Belon, Rupa-Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Si Pengirim. Sebak!

Tak sangkanya, sedihlah.

Cover image via @slipperzechin (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila tibanya hari jadi, kita pasti akan menerima pelbagai jenis kejutan daripada keluarga atau kawan-kawan

Iyalah, apa salahnya untuk merasakan diri kita special sikit pada hari ulang tahun bukan? Tambahan pula jika orang-orang terdekat membuat surprise yang tidak dijangka, confirm kita senyum sampai ke telinga.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang cikgu lelaki menangis setelah mendapat kiriman bouquet belon pada hari jadinya telah mengundang sebak ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka rupa-rupanya ibu bapa kepada arwah anak murid sendiri yang mengirim kejutan

Menerusi perkongsian video daripada @slipperzechin, kelihatan cikgu itu menerima sejambak belon bersama coklat daripada seseorang.

Namun, apa yang membuatkannya tidak dapat menahan air mata adalah apabila dia mendapat tahu pengirim hadiah tersebut merupakan ibu bapa kepada arwah anak muridnya yang baru saja meninggal sebulan lepas.

Menurut si perakam, arwah Ipan sangat menyayangi cikgunya itu dan hari-hari dia bercerita tentang cikgu tersebut.

"Ibu bapa Ipan cakap, Ipan adore dengan Cikgu Akil ni. Dari form 1 Ipan jadikan Cikgu Akil sebagai inspirasi," katanya.

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

"Auto mengalir air mata. Pelajar yang terbaik sentiasa ingat cikgunya. Takziah untuk keluarga arwah Ipan" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 1.7M views, 129.4K likes dan 2.8K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut sebak melihat reaksi cikgu dan mengetahui kisah di sebalik kejutan tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di TikTok:

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

Image via @slipperzechin (TikTok)

Betapa istimewanya Cikgu Akil ni sampai ibu bapa kepada arwah murid sendiri buat kejutan hari jadi untuk dia. Al-Fatihah buat arwah Ipan :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment