Cikgu Tuisyen Kena Scam RM886,000 Buat Pelaburan Tak Wujud - “Profit Tak Dapat-Dapat”
Difahamkan, mangsa telah membuat 30 transaksi pembayaran ke dalam akaun yang diberikan suspek sehingga berjumlah RM886,000.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita berusia 43 tahun yang juga merupakan guru tuisyen rugi RM886,000 selepas menemui skim pelaburan yang disertainya tidak wujud
Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Abd Hamid Abdul Rahaman berkata laporan awal mendapati wanita tersebut berkenalan dengan suspek dalang penipuan itu di laman sosial.
"Suspek menjanjikan keuntungan tinggi dan berkali ganda berdasarkan jumlah wang yang dilaburkan menerusi pelaburan itu.
"Akibat tertarik dengan keuntungan janjikan oleh suspek, mangsa membuat 30 transaksi pembayaran ke dalam akaun yang diberikan suspek sehingga berjumlah RM886,000," katanya.
Ditawarkan menyertai satu pelaburan melalui aplikasi 'trus wallet' pada September tahun lalu
Tambahnya, mangsa akhirnya menyedari dia ditipu setelah mendapati wang modal dan keuntungan yang dijanjikan tidak diterima sehingga kini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun dengan sebatan dan juga denda," katanya.
Abd Hamid menambah, mangsa telah ditawarkan untuk menyertai satu pelaburan melalui aplikasi 'trus wallet' pada 21 September 2024.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment