"Co-Pilot Tak Function" - Lelaki Ambil Gambar Isteri Tidur Dalam Kereta Ini Undang Tawa
Hehe mesti ramai boleh relate kan?
Kebiasaannya, para suami yang akan memandu jika pergi bercuti kemana-mana
Tidak kiralah jarak dekat atau jauh, jaranglah orang perempuan yang drive sebab ramai kata mereka tidak cekap memandu kereta seperti orang lelaki.
Berbeza pula dengan sebuah video ini apabila seorang lelaki sering mengambil gambar dan video isterinya yang tidur ternganga di tempat penumpang telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami tak ada kerja, saja menyakat ambil gambar isteri masa tidur dalam kereta
Menerusi perkongsian video daripada @ciklinbob, kelihatan lelaki itu banyak kali merakam gelagat isterinya yang tertidur di tempat penumpang semasa mereka dalam perjalanan menuju ke destinasi.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia selamba mengambil gambar isterinya yang tidur ternganga sambil mengejek di sebelah.
"Dia sibuk nak ambik gambar sebab nak bahan aku dekat anak lah tu. Laki aku start bebel. Jalan sikit tidur, jalan sikit tidur. Sempat je kau masa bawak kereta snap gambar aku," katanya.
Image via @ciklinbob (TikTok)
Image via @ciklinbob (TikTok)
Image via @ciklinbob (TikTok)
"Saya pun pernah kena, pakej mulut melopong. Pakai mask puan lepas ni. Haha so sweet lah" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 152.8K tontonan, 11.2K tanda suka serta 940 komen di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan boleh relate dengan situasi dalam kereta tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @ciklinbob (TikTok)
Image via @ciklinbob (TikTok)
Image via @ciklinbob (TikTok)
Image via @ciklinbob (TikTok)
Image via @ciklinbob (TikTok)
Image via @ciklinbob (TikTok)
Adoi sabar jelah ya kak. Nanti kalau encik suami tidur macam tu, tolong balas dendam! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment