Cuba Tiru Pembaca Berita Kazakhstan, Warganet Pula Pening Tak Faham Apa Gadis Ini Cakap
Kejap, macam mana dia boleh hafal satu-satu? Power!
Bekerja sebagai seorang pembaca berita sememangnya bukanlah mudah
Ia memerlukan pertuturan yang lancar dan tahap konfiden tinggi untuk menyampaikan berita kepada para penonton.
Namun, lain pula yang terjadi dalam video tular ini apabila seorang gadis cuba meniru pembaca berita dari Kazakhstan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baca berita dalam bahasa Kazakhstan straight 15 saat, tapi ramai tak faham
Menerusi video yang dimuat naik oleh @santischubert, kelihatan gadis itu meletakkan laptop di depannya sambil memasang rakaman pembaca berita lelaki dari Kazakhstan.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia membaca berita dalam bahasa Kazakhstan dari awal sampai habis tanpa henti dengan sangat lancar.
Tetapi, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah bunyi bahasa itu kedengaran lucu dan seperti dia sedang mengumur kahak.
Image via @santischubert (TikTok)
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya mencecah sehingga 6.3M tontonan, 675.9K tanda suka serta 12.4K komen di laman TikTok
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet tidak faham apa yang dibaca olehnya dan berpendapat bahasa tersebut lucu. Ada juga yang bertanya bagaimana gadis itu boleh hafal dengan teliti setiap ayat dalam berita tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @santischubert (TikTok)
Image via @santischubert (TikTok)
Image via @santischubert (TikTok)
Image via @santischubert (TikTok)
Image via @santischubert (TikTok)
Image via @santischubert (TikTok)
Image via @santischubert (TikTok)
Image via @santischubert (TikTok)
Image via @santischubert (TikTok)
Image via @santischubert (TikTok)
Dah macam jampi pun ada min dengar, lawaklah kau kak! Gigih betul hafal eh :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment