Kecoh Sharnaaz Ahmad Masuk Court, Tapi Penampilan Macam 'Mafia' Ini Pula Buat Ramai Cair
"Massimo version Malaysia" - Netizen.
Pelakon lelaki terkenal, Sharnaaz Ahmad didakwa kerana mencederakan orang dan tiba di Kompleks Mahkamah hari ini
Menurut sumber, Sharnaaz ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada 16 Jun tahun lalu.
Sharnaaz memakai baju kemeja biru dan berseluar hitam diiringi dua peguamnya masuk ke lobi mahkamah pada jam 9.34 pagi, 18 Januari 2023.
Namun, tular pula sebuah video di TikTok memaparkan penampilan Sharnaaz yang dikatakan persis ketua mafia dalam cerita Turki telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gaya jalan ala-ala ketua mafia dalam movie Turki, ramai pula yang cair tengok duda hot
Menerusi video yang dimuat naik oleh @11street.thrift, kelihatan Sharnaaz baru saja tiba di Kompleks Mahkamah bersama dua orang peguamnya itu.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia melangkah masuk ke dalam lobi mahkamah itu, penampilannya yang segak dikatakan ada vibes seperti ketua mafia dalam cerita 365 Days, iaitu Massimo Torricelli.
Gayanya yang hot itu juga membuatkan para wanita cair dan meminta agar pengarah filem Malaysia membuat satu cerita untuknya membawa watak ketua mafia.
"Ni kalau berlakon jadi ketua mafia lepas tu jatuh cinta dengan perempuan biasa, letops nyah!" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 870K tontonan, 93K tanda suka serta 2.2K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terutamanya para wanita cair melihat penampilan Sharnaaz yang segak itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!