seismik

Kecoh Di Twitter, Trailer 'Pulau' Dikatakan Sama Macam Filem Barat & Buat Ramai Triggered

Betul ke poster pun macam filem barat?

Cover image via @GSCinemas (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem terbaru Malaysia iaitu Pulau yang dibintangi oleh Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry dan Namron telah menjadi bualan warganet di media sosial baru-baru ini

Image via googleapis.com

Hal ini berikutan trailer yang baru ditayangkan 14 Januari lalu telah mencetuskan pelbagai spekulasi ramai gara-gara babak panas dalam filem tersebut sebagai tujuan promosi.

Lihat trailer penuh itu di bawah:

Bakal ditayangkan di pawagam mulai 9 Mac 2023, ramai triggered ada babak aksi ghairah

Difahamkan, filem Pulau turut menampilkan pelakon seperti Sabronzo Dolla, Harris Anuar, Sanjna Suri, Joey Leong, Mark O’Dea, Ms Puiyi dan ramai lagi.

Ia mengisahkan sekumpulan lelaki dan wanita yang berkunjung ke sebuah pulau. Mereka kemudiannya berdepan dengan detik seram apabila berlakunya kejadian mistik di pulau tersebut.

Walau bagaimanapun, ia mendapat kecaman daripada warganet kerana filem itu menyelitkan beberapa adegan panas seperti babak wanita berbikini dan aksi ghairah dilakukan Ms Puiyi yang kurang sesuai untuk tontonan di Malaysia.

Poster pun lebih kurang macam filem Fantasy Island

Bukan itu saja, poster filem Pulau juga telah mencetuskan bualan ramai kerana ia dikatakan meniru filem barat iaitu Fantasy Island.

Perkongsian trailer rasmi filem Pulau itu turut membuatkan orang ramai mempersoalkan tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang membenarkan tayangan babak-babak tersebut.

Sementara itu, video berkenaan telah meraih 5.2M views, 4.2K likes dan 2.9K quote tweets di Twitter

Rata-rata warganet memberikan pendapat dari pelbagai sudut yang berbeza mengenai trailer Pulau. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Apa pendapat korang pula? Nak tengok filem ni ke tak nanti?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: